RSS

MDT14-Akhlak dan Adab-adab Berjamaah

02 Sep

Manhaj Daurah Tadribiyah

MANHAJ DAURAH TADRIBIYAH

BAB 14 – AKHLAK DAN ADAB-ADAB BERJAMAAH

MUQADDIMAH

Adapun parti kita berada di atas prinsip yang benar iaitu menegakkan Islam secara menyeluruh. Ia bermula daripada ikrar syahadah dan menunaikan tuntutannya dalam diri setiap individu, rumahtangga, bermasyarakat sehinggalah perkara yang tidak dilakukan oleh jamah-jamaah lain secara tegas, iaitu menegakkan negara Islam. Maka dengan itu, ia telah membezakan kita dengan parti-parti, jamaah-jamaah dan kumpulan-kumpulan lain termasuklah yang bernama Islam.

Prinsip ini menyebabkan kita menghadapi cabaran lebih banyak dan hebat, namun kita terus maju dan berkembang. Walaupun demikian, kita perlu memenuhi tuntutan-tuntutan yang berkait dengan setiap ahli di semua peringkat demi mencapai kemenangan yang dijanji kurnia oleh ALLAH SWT.

“ALLAH berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu, bahawa dia akan menjadikan mereka itu khalifah (orang yang memerintah dengan Islam) di atas muka bumi sebagaimana DIA pernah mengurniakan khilafah kepada orang-orang yang terdahulu daripada mereka. DIA akan menjadikan agama mereka (Islam) yang DIA redha memerintah untuk mereka dan DIA akan menukarkan kepada mereka suatu keadaan selepas berada dalam ketakutan kepada keamanan. Mereka itu menyembahKU, tidak menyengutuikU dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang menjadi kufur selepas itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik” (An-Nur:55)

Perlu difahami juga bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar yang benar tanpa membina peribadi dengan akhlak-akhlak berparti atau berjamaah. Oleh itu, maka saya kemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk menjadi perbincangan dan muhasabah kita sendiri.

AKHLAK BERPARTI

Dalam meniti liku-liku perjuangan Islam, ianya penuh dengan ujian,mehnah dan tribulasi yang begitu mendesak. Justeru, pada diri seseorang pejuang itu perlu dihiasi dengan keindahan Islam dan diwarnai dengan akhlak berjmaah agar sepanjang merentas ujian ini sentiasa dinaungi oleh rahmat ALLAH SWT. Ini amat penting agar pertolongan ALLAH sentiasa bersama para pejuang.

Bagi meletakkan perjuangan kita diterima dan direstui oleh ALLAH SWT serta mendapat pertolongan daripadaNYA, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

  1. Ikhlas
  2. Percaya dengan baik kepada ALLAH, memohon pertolonganNYA dan percaya kepada janjiNYA
  3. Istiqamah
  4. Taat
  5. Ukhuwwah (Persaudaraan)
  6. Kerahsiaan
  7. Tidak leka dengan pencapaian yang ada
  8. Menunaikan janji dan beriltizam dengannya
  9. Tidak melampau

PENUTUP

Demikianlah sebahagian daripada perkara yang perlu diberi perhatian dan dibincangkan di samping bermuhasabah kepada diri sendiri dan parti supaya perjuangan kita diterima, diredhai ALLAH dan dikurniakan kemenangan dunia dan akhirat.

About these ads
 
Leave a comment

Posted by on September 2, 2006 in buku

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: