RSS

MDT-Aluan Dari Ketua Dewan Ulama

02 Sep

Manhaj Daurah Tadribiyah
Manhaj Daurah Tadribiyah

Aluan dari Ketua Dewan Ulama (2001)

“Kemudian kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongandi antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhamamd) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Al-Kahf:12-13)

Pengurusan tarbiyah adalah pengurusan manusia. Manusia dalam PAS terdiri dari pelbagai peringkat, latar belakang. Kadangkala pendidikan atau tarbiyah awal yang sedikit berlainan dengan tradisi san sistem dalam PAS menjadikan latar belakang ini lebih rencam. Dalam konteks ini kita percaya tiada ahli yang tidak mahu diurus dan ditarbiyahkan. Inilah semangat dan idea berjamaah yang perlu kita perluas dan perkembangkan. Dan dengan itu, PAS perlu mengagendakan aspek tarbiyahnya secara tersusun dan strategik dengan mengambil kira andaian bahawa ahli-ahlinya memang memerlukan dan bersedia untuk ditarbiyah. Malah itulah juga antara sebab mereka memilih PAS.

Justeru Daurah Tadribiyah ini merupakan antara terbitan ulung yang memperlengkapkan lagi usaha untuk memperkemaskan sistem pentarbiyahan PAS dengan harapan ianya mampu menjadi bahan rujukan dan perbincangan ahli jamaah dari masa ke semasa. Ini tidak bermaksud usaha kita akan terhenti sekadar ini sahaja, bahkan segala penyusunan dan perkaderan yang lebih sistematik diharap dapat kita wujudkan pada masa-masa akan datang.

Usaha penyusunan ini perlu dipertingkatkan kerana PAS telah mengalami perubahan besar dari sudut tarbiyah. Di zaman kepimpinan sebelum daripada Tuan Haji Yusuff Rawa dahulu, PAS lebih berorientasikan politik hinggakan kita memasuki BN dalam kerajaan persekutuan. Orientasi itulah juga sedikit sebanyak menyumbang kepada ‘setback’ kita beberapa ketika dari segi prestasi politik pilihanraya selepas itu. Dengan mengambil pengajaran dari episod itu, maka pendekatan terkini diambil kira selari dengan maksud dan fungsi kita dalam organisasi PAS, iaitu membawa manusia ke jalan ALLAW SWT dan mengabdikan diri kepadaNYA. Ekoran dari itu juga, akhirnya Lujnah Tarbiyah PAS Pusat telah mewujudkan konsep pemarkazian atau pemusatan (centralisation) agenda tarbiyah.

Saya suka memperingatkan di sini, bahawa di antara perkara-perkara penting yang diprihatini oleh pihak pimpinan sebagai cabaran-cabaran dalam aspek tarbiyah adalah seperti berikut:

  1. Kepentingan penghayatan budaya tarbiyah di kalangan ahli-ahli. Budaya ini penting menjadi agenda sepanjang hayat mereka sesuai dengan sabda Rasululllah SAW yang menekankan pencarian ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
  2. Rentetan daripada agenda di atas, sifat kepimpinan ulama’ hendaklah menjadi rujukan agenda ini. Ianya bersifat samda sebagai sumber ilmu, matlamat, jenis ahli yang hendak dihasilkan, juga orientasi atau tatacara program tarbiah berkenaan. Dengan itu penglibatan Dewan Ulama’ adalah penting.
  3. Keperluan menyedari cabaran-cabaran semasa yang bertambah. Jika hal ini berlaku dengan baik, maka dengan itu jelaslah betapa perlunya PAS kepada satu program yang strategik dan bersifat logistik. Penyelarasan dan keseragaman adalah penting untuk melahirkan kesatuan pemikiran dan keseragaman tindakan.
  4. Keperluan program tarbiyah untuk mempunyai perancangan strategi. Ia meliputi jenis-jenis jangkaan; jangka pendek dan jangka panjang, di samping tidak melupakan jangka abadi iaitu akhirat.
  5. Tugas tarbiyah untuk terus membina kekuatan ‘competitive advantages’ dan ‘competency’ yang sedia ada dalam potensi dan orientasi PAS.
  6. Pengawasan tarbiyah terhadap pandangan yang meremehkan usaha usrah dan program tarbiyah umumnya. Ini amat perlu sebelum penyakit ini menular dengan agenda bombastik dan terlalu bersifat isu. Dengan itu manhaj tarbiyah dari segi nizaminya dan tanfizinya hendaklah merujuk kepada kempimpinan tertinggi parti. Unsur-unsur asing yang tidak relevan jangan diimport masuk.
  7. Keperluan kepada sikap kepatuhan terhadap pimpinan. Haruslah disedari bahawa wala’ dan adab, di samping ibadat khusus, adalah aspek penting dalam operasi tarbiyah Islamiyah. Istiqamah, sabar, bersama ulama’, membaca kitab dan buku adalah di antara ciri-ciri dan suasana pentarbiyahan yang semestinya berlaku dalam PAS.
  8. Tarbiyah di IPT dalam dan luarnegara mestilah dikenalpasti berjalan selancarnya sehingga mampu melahirkan pendukung gerakan yang istiqamah dan mampu bersama-sama membina jamaah.

Dengan penelitian dan pendekatan yang terancang rapi, sistem tarbiyah ini diharapkan mampu mencapai seterusnya mencernakan segala perkara di atas untuk dihadamkan sehingga menjadi tenaga pengukuhan batang tubuh jamaah. Seandainya perkara ini tidak diremehkan dan disusun atur strategi yang bertepatan dengan kehendak dan keperluan, saya yakin dalam waktu yang terdekat, PAS mampu bertapak kukuh menjulang cita-cita Islam yang suci.

Harun Taib

Ketua, Dewan Ulama PAS Pusat (2001)

 
Leave a comment

Posted by on September 2, 2006 in buku

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: