RSS

MDT01-Fiqh Amal Islami

20 Sep

Manhaj Daurah Tadribiyah
MANHAJ DAURAH TADRIBIYAH

MDT01-FIQH AMAL ISLAMI

Muqaddimah

Memahami perjuangan Islam dan gerakerjanya adalah suatu perkara yang sangat mustahak bagi setiap orang yang menceburkan dirinya di dalam perjuangan Islam. Jika tidak, mungkin kegiatan dan tindakannya akan bertentangan dan menyimpang jauh dari kehendak Islam. Akhirnya gerakan menjadi hancur dan para pejuang menjadi mangsa.

Kertas ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan tajuk fiqh (kefahaman) agar setiap yang terlibat dapat menilai dan membuat keputusan dan tindakan yang betul selaras dengan kehendak Islam.

MEMAHAMI ISLAM

Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam perlu memahami bahawa:

1. Islam adalah agama yang lengkap merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia, aqidah dan syariat, agama dan negara. Justeru, seseorang itu perlulah bersedia untuk membetulkan aqidah dan ibadahnya serta lain-lain perkara supaya selaras dengan kehendak Quran dan Sunnah.
2. Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias merupakan rujukan bagi umat Islam. Sebarang pendapat yang bertentangan dengan sumber-sumber tersbut tidak boleh dihormati dan dipatuhi. Oleh itu, pendapat para pimpinan yang berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak selari dengan pendapat sendiri.
3. Perselisihan pendapat dalam masalah furu’ (cabang) adalah perkara biasa dan tidak dapat dielakkan. Oleh itu, setiap muslim yang belum mencapai taraf mujtahid hendaklah ia menerima pakai mana-mana pendapat ulama’ yang muktabar dan tidak menjadikan perbezaan pendapat dan pandangan dalam masalah furu’ tersebut sebagai punca pertelingkahan dan perpecahan di kalangan anggota.
4. Setiap anggota hendaklah memahami bahawa tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap syahadah selama mana ia beramal dengan tuntutan dan kehendak syahadah tersebut dan tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar daripada Islam atau mengingkari sesuatu yang tidak diketahui secara pasti (dharuri) atau secara mudah dan tidak payah berfikir di dalam Islam seperti mengingkari haramnya riba’ atau haramnya arak atau seperti mengingkari wajibnya menjalankan syariat Islam dalam pemerintahan negara atau selama mana tidak melakukan perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan kecuali kufur seperti menyembah berhala atau menghina kitab suci al-Quran.

MEMAHAMI HAKIKAT PERJUANGAN ISLAM

Untuk memahami perjuangan Islam, kita haruslah merujuk kepada kandungan suatu hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh seorang sahabat bernama Suhaib al-Rumi. Antara isi kandungannya ialah:

1. Bahawa Islam seperti kita fahami itu merupakan suatu perjuangan yang sambung-menyambung dan tali-menali dari segi perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh para anbiya’ dan mursalin, bermula daripada perjuangan Nabi ALLAH Adam AS sampailah kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang disambung semula secara terus-menerus oleh sahabat, tabi’in dan orang-orang yang datang selepas mereka hingga ke hari ini dan hari-hari yang akan datang.
2. Perjuangan ini sering berhadapan dengan golongan yang berkuasa di dalam masyarakat terutamanya para pemerintah yang tidak berdasarkan kepada Islam dan sekaligus menjadi penghalang kepada kerja-kerja Islam. Hal ini boleh dilihat dengan jelas bila kita mengingati perjuangan Nabi Ibrahim AS yang ditentang oleh Namrud, Nabi Musa AS ditentang oleh Firaun dan lain-lain. Mereka bukan sahaja menjadi penghalang tetapi juga berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan dasar pemrintahannya. Sehingga walaupun para pemimpin yang ada itu pergi, mereka tetap mahu melihat bahawa dsar pemerintahannya itu terus wujud dan kekal.
3. Untuk menjamin sistem pemerintahan yang mereka anuti itu kekal, bermacam-macam usaha yang mereka lakukan. Antaranya mengadakan pasukan pertahanan yang kuat, pasukan keselamatan yang rapi, sistem pendidikan dan pembelajaran bermatlamat, para petugas dan pegawai yang terlatih, kepimpinan masyarakat yang berkeyakinan, sumber ekonomi yang terjamin dan sebagainya.
4. Pertentangan antara pejuang Islam dengan pihak yang berkuasa di dalam sesuatu masyarakar itu bukan disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan peribadi tetapi merupakan pertembungan aqidah dan dasar. Hal ini jelad apabila kita mengingati kembali hubungan di antara Nabi Musa AS dan Firaun sebelum menjadi Nabi dan selepas diutus menjadi Rasul, hubungan Nabi Muhammad SAW dengan para pemimpin dan masyarakat Quraisy. Sebelum diangkat menjadi nabi, baginda disanjung tinggi oleh masyarakat Quraisy sehingga digelar al-Amin. Hal ini berubah apabila baginda diisytiharkan menjadi nbi. Gelaran tersebut bertukar menjadi ahli sihir, gila, pendusta dan lain-lain.

 
Comments Off on MDT01-Fiqh Amal Islami

Posted by on September 20, 2006 in buku

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: