RSS

Monthly Archives: December 2006

Teks Usrah

teks.jpg Tajuk : Teks UsrahPenulis : Idris Ahmad

Tasawwur Islam dibincangkan dengan tujuan memberikan pendedahan menyeluruh tentang apa yang dikatakan sebagai Islam dan apakah yang diperjuangkannya. Secara tidak langsung ia dapat dijadikan satu neraca untuk menilai keberkaitan ajaran Islam dengan keperluan manusia sejagat. Kaedah Usrah diperkenalkan sebagai satu pendekatan yang bersifat praktikal ke arah menghayati tasawwur Islam yang telah dibentangkan. Buku rujukan utama yang dipilih untuk topik ini adalah “Teks Usrah Peringkat Pengenalan” (Idris Ahmad,Penerbitan Sarjana Media,2000) dan “Panduan Usrah” (Idris Ahmad, Penerbitan Sarjana Media,2001).

 
Comments Off on Teks Usrah

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Tafsir Fi Zilalil Quran – Ayat2 Pilihan

zilalayatpilihan Tajuk : Tafsir Fi Zilalil Quran – Ayat2 Pilihan
Penulis : Syed QutbDownload:

1) zilalayatpilihan.pdf

Tafsir Fi Zilalil-Qur’an adalah ditulis dengan bersandarkan kepada kajian-kajian beliau yang mendalam, yang ditimba secara langsung dari al-Qur’an dan as-Sunnah, di samping bersumberkan kepada kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. Beliau memasuki ke dalam penulisan tafsir ini setelah melengkapkan dirinya dengan pengalaman-pengalaman dan kajian-kajian yang kaya di bidang penulisan, keguruan, pendidikan dan pengamatannya yang luas dan tajam dalam perkembangan-perkembangan sosial dan politik dunia semasa. Beliau telah menghabiskan lebih dari separuh usianya dalam pembacaan dan penela’ahan yang mendalam terhadap hasil-hasil intelektual manusia di dalam berbagai-bagai bidang pengajian dan teori-teori, berbagaibagai aliran pemikiran semasa dan berbagai-bagai kajian mengenai agamaagama yang lain.

 

Di samping itu tafsir Fi Zilalil-Qur’an adalah ditulis dengan tinta derita dan sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu. Beliau telah menjalani penyeksaan fizikal yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan dan seluruh kesengsaraan ini telah membuat seluruh entiti beliau tertumpu kepada Allah dan kepada penghayatan al-Qur’an, di mana beliau hidup di bawah bayangan al-Qur’an dengan seluruh jiwa dan perasaannya dan hidup sebagai seorang penda’wah yang ‘arifbillah, sabar, gigih, redha, tenang, tenteram, berserah bulat kepada Allah, tidak mengenal kalah dan putus asa. Semuanya itu merupakan faktorfaktor penting yang melahirkan tafsir “Fi Z

ilalil-Qur’an” di dalam bentuknya yang unik yang mengatasi tafsir-tafsir yang lain.

 

Sebelum memasuki ke dalam pentafsiran isi kandungan al-Qur’an beliau telah membuat kajian yang mendalam selama beberapa tahun untuk mencungkil rahsia-rahsia struktur pengungkapan al-Qur’an dan uslub penyampaiannya yang indah dan penuh mu’jizat. Hasil kajian Qur’aniyahnya yang ulung itu telah dibukukan dengan jodol “ التصرالفني في القرأن


(Penggambaran Yang Seni Di Dalam Al-Qur’an) diterbitkan pada tahun 1945 kemudian diiringi pula dengan buku “
مشاهدالقيامةفيالقرأن (Pemandangan-pemandangan Qiamat di Dalam Al-Quran) diterbitkan pada tahun 1947 sebagai huraian dan pelengkap kepada bukunya yang pertama. Hasil kajian yang gemilang ini telah disifatkan oleh para pengkaji sebagai anak kunci yang dikurniakan Allah kepada beliau untuk membongkarkan rahsia-rahsia keindahan al-Qur’an yang unik itu. Dan buku buku inilah yang banyak dirujukkan oleh beliau dalam tafsirnya, yang lahir kira-kira tujuh tahun selepas lahirnya bukunya yang pertama itu.

 
Comments Off on Tafsir Fi Zilalil Quran – Ayat2 Pilihan

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Sejarah PAS (Wikipedia)

Sejarah PAS (Wikipedia)

(Capaian dari Wikipedia.org bertarikh 7hb Oct 2006)

Download :

1) Versi 7 Okt 2006

2) Versi 14 Feb 2006

 
Comments Off on Sejarah PAS (Wikipedia)

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Risalah Taalim

risalahtaalim.jpg Tajuk : Risalah Taalim
Penulis : Hassan Al Banna
Download:1) Hassan_AB_Biography.pdf

“Risalah atau buku kecil ini saya hadiahkan kepada seluruh anggota Usrah Ikhwan Al-Muslimun yang berjihad, yang mempercayai tentang ketinggian dakwah mereka dan kebersihan ideologi mereka, serta berazam penuh untuk hidup dengan dakwah ataupun mati kerana mempertahankannya, kepada mereka ini semua saya tujukan kata-kata yang ringkas ini.

Sebenarnya buku ini bukanlah merupakan sebagai pelajaran yang dihafal tetapi merupakan ajaran-ajaran yang mesti dilaksanakan, maka marilah kita bekerja untuk dakwah Islamiyah wahai anggota Usrah Ikhwan Al-Muslimun yang sejati.”

 
Comments Off on Risalah Taalim

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Petunjuk Sepanjang Jalan

petunjuk.jpg Tajuk : Petunjuk Sepanjang JalanPenulis : Syed QutbDownload :

1) qutb-milestone.pdf

2) Wikipedia-Milestones.pdf

3) commentary_by_westerner.pdf

4) Guardin-Ben_Laden_inspiration.pdf

5) Syed_Qutb_Biography.pdf

Milestones.jpg ”Sesungguhnya kita – tanpa ragu sedikitpun – memang ada memiliki suatu potensi baru, lengkap dan sempurna; potensi yang masih belum dikenal dan belum mampu dibikin oleh seluruh umat manusia.

Tetapi potensi baru ini, seperti telah kita tegaskan, mestilah menjelma di dalam bentuk realiti yang praktis, mesti menjadi panduan dan darah daging suatu umat bagi membolehkan berjalannya operasi “kebangkitan” umat mengikut bentuk kebangkitan Islam yang akan disusuli pula, lambat launnya, oleh peranan memegang pimpinan seluruh umat manusia.

Tetapi bagaimanakah caranya memulakan operasi kebangkitan Islam itu?”

 
Comments Off on Petunjuk Sepanjang Jalan

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Pertembungan Iman dan Kufur

pertembungan.jpg Tajuk : Pertembungan Iman dan KufurPenulis : Ridhuan Mohd Nor

Abad 21 sebagaimana yang diramalkan oleh ramai pemerhati adalah abad kemenangan Islam seperti yang dinukilkan oleh Sammuel Hutington dan Prof Yusof Al Qardawi dan ramai pengkaji-pengkaji lain. Setelah berakhirnya perang dingin pada penghujung abad 20 iaitu pertembungan antara blok komunis yang dijuarai oleh Russia dan blok kapitalis yang dijuarai oleh Ameroka Syarikat, komunis akhirnya hancur berantakan tanpa nisan dan hegemoni Amerika pada abad 21 akan dicabar oleh “kuasa-kuasa hijau” (Islam).

Kebangkitan Islam cukup dirasai di mana-mana terutama di wilayah bekas taklukan komunis dan negara yang mengalami proses penjajahan kuasa Barat pada abad 19 dan awal abad 20 seperti di benua Indo Pakistan, rantau Asia Tenggara, Benua Afrika, Timur Tengah, malah cukup mengesankan apabila Islam turut menerima sambutan yang menggalakkan di Eropah ( “The Economist”, 2002)

 
Comments Off on Pertembungan Iman dan Kufur

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Perlembagaan PAS

perlembagaanPas.jpg Tajuk : Perlembagaan PAS
Penerbit : Pejabat Agung PAS

“Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada ALLAH dan kebaktian sesama manusia, yang dijadikan bagi “Menegakkan Ma’ruf dan Mencegah Mungkar” dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan “PARTI ISLAM SE-MALAYSIA”

 
Comments Off on Perlembagaan PAS

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS

pengaruhIkhwan Tajuk : Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS

Penulis : Ridhuan Md Nor

Saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menerbitkan kajian kecil ini setelah melihat gelombang serangan pemikiran yang dilancarkan oleh parti pemerintah melalui golongan intelektual upahan untuk menyerang dan menggasak fikrah perjuangan Islam yang didokong oleh PAS selama ini.

Intelektual kelas kambing ini turut mengabrak perjuangan Ikhwanul Muslimin serta tokoh-tokoh besarnya seperti As Syahid Syed Qutb dan As SYahid Hassan Al Banna. Kejahilan ini juga diserlahkan oleh segelintir pihak pentadbir universiti yang membuang karya-karya tokoh Ikhwanul Muslimin yang dituduh sebagai pendorong kepada fahaman Islam yang radikal dan militan.

Saya juga melihat kekeliruan kepada adik-adik di kampus yang sentiasa bertegang pandangan tentang kumpulan manakah di luar yang menyokong fahaman gerakan Ikhwanul Muslimin dan ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Ikhwanul Muslimin terhadap gerakan Islam kontemporari yang mana setiap gerakan merasa bangga diri jika diikat perjuangan mereka dengan Ikhwan.

Secara peribadinya niat untuk membuat kajian tentang pengaruh gerakan Ikhwanul Muslimin terhadap PAS ini telah muncul dalam benak penulis semenjak awal dekad 90an tetapi terbantut dengan beberapa halangan dan cita-cita ini terus menyala di dalam hati penulis sehinggalah peluang ini terbuka pada tahun lepas (2003)

 
2 Comments

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

PAS Dalam Arus Perjuangan Kemerdekaan (Esei dan Dokumen)

perjuanganKemerdekaan.jpg Tajuk : PAS Dalam Arus Perjuangan Kemerdekaan (Esei dan Dokumen)
Penerbit : Pusat Penyelidikan PAS

Kebangkitan PAS pada akhir-akhir ini nampaknya telah menakutkan musuh-musuh politiknya, khususnya UMNO. Bimbang dengan kebangkitan PAS itu, UMNO telah mengambil beberapa tindakan untuk melumpuhkan pengaruh PAS. ANtara tindakan itu ialah menfitnahkan PAS sebagai sebuah parti yang ditaja oleh British. Malah PAS telah ditohmah sebagai sebuah parti yang ‘tidak mahu kemerdekaan’ malahan PAS todak membuat ‘apa-apa tuntutan yang lain yang menjelaskan tentangan mereka terhadap pengekalan pemerintahan British yang tidak sedikitpun Islam’.

Adakah benar PAS berpendirian sedemikian? Untuk menjawab pertanyaan itu, maka buku kecil ini telah dihasilkan.

Buku ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama meneliti peranan ulama’ dan PAS dalam tuntutan kemerdekaan serta sikap British terhadap parti tersebut. Manakala bahagian kedua pula melampirkan dokumen-dokumen pilihan berkaitan dengan PAS dan perjuangannya. Dengan terbitnya buku ini, adalah diharapkan segala kekeliruan tentang PAS dalam perjuangan menegakkan kemerdekaan akan dapat dijernihkan.

 
Comments Off on PAS Dalam Arus Perjuangan Kemerdekaan (Esei dan Dokumen)

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Dokumen dari Parti-PAS.org

Dokumen dari Parti-PAS.org

1) Pengenalan AM.pdf

2) Tuntutan 1955.pdf

3) Dokumen_Negara_Islam_1.pdf , Dokumen_Negara_Islam_2.pdf

4) The_Islamic_State_Document.pdf

 
Comments Off on Dokumen dari Parti-PAS.org

Posted by on December 26, 2006 in buku