RSS

Aqidah dan Kepimpinan

26 Dec
aqidahKepimpinan.jpg Tajuk : Aqidah dan KepimpinanPenulis : Abd Hadi Awang

Kepimpinan dalam konteks harakah islamiyah mempunyai hubungan yang erat dengan aqidah. Gerakan Islam di sepanjang sejarah kegemilangannya lebih menumpukan kekuatan aqidah sebagai ciri paling utama di samping ciri-ciri yang lain yang melibatkan pendokongnya dan menjadi lebih penting di peringkat pimpinan, kerana perjuangan ke arah yang menyentuh perubahan jiwa dan sikap manusia itu mestilah dilahirkan dari aqidah yang bersebati dalam jiwa.

Peranan pemimpin amat penting dalam gerakan Islam. Ianya tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna tanpa sakhsiah kepimpinan yang sebenarnya walaupun mempunyai kepetahan bercakap dan kemampuan ilmu walaupun sifat-sifat lahiriah itu tidak dinafikan pentingnya. Seseorang pemimpin itu hendaklah menyedari betapa besar dan beratnya amanah yang dipikul, tidak boleh dilaksanakan tanpa pertolongan ALLAH. Dan bagi meminta pertolongan itu perlukan kebersihan jiwa yang lahir dari kekuatan dan kemurnian aqidah yang dibina dengan amalan-amalan yang soleh.

Firman ALLAH:
“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah ALLAH, RasulNYA dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada ALLAH), dan sesiapa mengambil ALLAH dan RasulNYA dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya maka sesunguhnya parti ALLAH itulah yang pasti menang” (Al Maidah:55-56)

 
Comments Off on Aqidah dan Kepimpinan

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: