RSS

Beberapa Panduan Asas Usrah dan Harakah

26 Dec
usrahdanharakah.jpg Tajuk : Beberapa Panduan Asas Usrah dan HarakahPenulis : Ya’qub Muhammad Hussin

Risalah ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama bertajuk “Memahami dan Menghayati Ciri-ciri Usrah Yang Berjaya” manakala bahagian kedua bertajuk “Konsep dan Ciri-ciri Harakah Islamiyyah”

Sebenarnya bahagian pertama risalah ini merupakan gabungan dua risalah kecil saya iaitu “Garis panduan Usrah” yang dibentangkan di majlis tamrin KPIITM pada 10hb Muharram 1403H bersamaan 28hb Oktober 1982 di Gombak dan “Usrah dan kepentingannya Dalam Harakah” yang dibentangkan dalam Tamrin Nuqaba’ UPM di Darul Hidayah di Ulu Langat pada 24hb Rabi’ul Awwal 1409H bersamaan 5hb November 1988. Kedua-dua risalah tersebut telah diberikan beberapa penjelasan tambahan di samping disertakan beberapa lampiran di bahagian akhir.

Bahagian kedua buku ini pula adalah merupakan kertas-kertas kerja yang ditulis dan dibentangkan kepada para peserta Tamrin Siswazah di Gombak pada 4hb Jun 1985. Kertas ini tidak mengalami apa-apa perubahan kecuali di segi susunan bahasa.

Sebenarnya, saya sendiri merasa keberatan untuk menerbitkan risalah ini kerana mengharapkan sahabat-sahabat yang lebih berpengalaman di dalam Jamaah tampil untuk mengemukakannya. Tetapi setelah menerima permintaan dan desakan yang berulang-ulang kali dari berbagai pihak yang benar-benar berhajat kepada panduan untuk melaksanakan usrah, maka akhirnya saya bersetuju agar risalah ini diterbitkan.

 
Comments Off on Beberapa Panduan Asas Usrah dan Harakah

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: