RSS

KE ARAH MEMAHAMI DASAR DAN PEGANGAN PAS

26 Dec
KAMDPP.jpg Tajuk: “KE ARAH MEMAHAMI DASAR DAN PEGANGAN PAS”
Penulis : Hassan Shukri
Penerbit: Badan Perhubungan PAS N.Selangor
Download : KAMDPP.ppt

Prakata

  1. Sebagai sebuah gerakan yang telah berusia separuh abad, PAS merupakan sebuah badan yang signifikan di dalam arus politik dan dakwah Islamiyyah di Malaysia
  2. PAS menjadi perhatian pelbagai pihak
  3. Namun begitu, tidak ramai yang mengenali PAS melalui sejarah dan latarbelakangnya.
  4. Sebaliknya kefahaman terhadap perjuangan PAS adalah berdasarkan maklumat dari pihak lain ataupun berdasarkan dari sesuatu peristiwa yang berlaku.
  5. Hal ini banyak mempengaruhi persepsi mereka yang terbabit terhadap perjuangan PAS.

BAB 1
1.1.Muqaddimah

  1. Gerakan Reformasi
  2. Syed Syeikh Al Hadi melalui Majalah Al-Imam (1906-1908 ) dan Majalah Al-Ikhwan (1926-1931 )
  3. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (MNP) (Okt 1945 )
  4. Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA) (1948 )
  5. Hizbul Muslimin (14 Mac 1948 )
  6. Label “Red Islamic Party” dan “Bahaya Dari Gunung”
  7. Darurat. Pengharaman Hizbul Muslimin dan penangkapan pimpinannya (1948 )
  8. Persatuan Islam SeTanah Melayu (24 Nov 1951 )
  9. Parti Islam SeTanah Melayu (1955 )
  10. 1955 – menang 1 kerusi di Perak
  11. 1959 – memenangi Kelantan dan Trengganu
  12. Trengganu jatuh akibat komplot
  13. 1974 – menyertai PERIKATAN
  14. 1977 – disingkirkan dari PERIKATAN
  15. Kelantan jatuh akibat pergolakan
  16. 1987 – pakatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama Semangat 46
  17. 1990 – memenangi Kelantan
  18. 1998 – pakatan Gerakan Keadilan Rakyat (GERAK)
  19. 1999 – memenangi Trengganu
  20. 2004 – Trengganu jatuh semula ke tangan UMNO

1.2.Mengapa PAS ditubuhkan?

  1. Bukan kerana:
    1. Tuntutan politik tanahair
    2. Tidak puashati dengan kepincangan UMNO
    3. Tujuan individu
  2. Tetapi kerana: “Hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebajikan, menegakkan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Itulah golongan orang yang mencapai kemenangan” ( Ali Imran:104)
  3. Perlunya “kuasa” bagi mencapai maksud di atas.
  4. Kaedah Usul Fiqh
    1. Untuk mendapatkan kuasa politik, perlu sertai pilihanraya
    2. Untuk menyertai pilihanraya, perlu berdaftar sebagai parti politik
  5. Ibn Taimiyyah: “Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yg terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dgn (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh krn ALLAH telah mewajibkan (kaum muslimin) utk menyuruh kepada yg baik, melarang yg mungkar , membela org yg teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dlm menjatuhkan hukum, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan” (As-Siasah As-Syar’iyyah:172-175)
  6. “PAS tidak beriman dgn sistem demokrasi negara ttp PAS mengambil manfaat drpd peluang yg diberikan (melalui sistem demokrasi)”
  7. “PAS menjadikan ISLAM sbg dasar perjuangannya sbgmana tercatit dlm Perlembagaan Parti (Fasal 3)”

1.3.PAS dan politik
“PAS tidak menjadikan medan politik sbg satu wasilah semata-mata…”
“…tetapi juga dalam ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antarabangsa dan kemasyarakatan”

1.4.Umat Islam dan Harakah Islam
“Apabila tidak ada negara Islam maka menjadi kewajipan bagi Umat Islam untuk menubuhkan Harakah Islam…”

1.5.Peranan dan Tanggungjawab Ahli

  1. Baiah – Memberi ikrar taat setia cth, mengisi borang
  2. Fikrah – Memahami perjuangan PAS
  3. Wala’ – Mematuhi dasar dan arahan pimpinan
  4. Muzakarah dan musyawwarah – Melibatkan diri dalam perbincangan organisasi

1.2.Sikap PAS terhadap Parti/NGO lain

  1. “Dasar PAS ialah Islam”
  2. “PAS boleh bekerjasama dengan parti-parti dan NGO yang menerima dasar PAS”
  3. “Mencari titik pertemuan dan mengelakkan dari permusuhan…”

BAB 2

2.1.Pendahuluan
Tumpuan kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS (pindaan 1993)

2.2.Niat dan Azam

  1. Niat dan Azam penubuhan PAS dicatatkan di dalam perlembagaan di dalam bahagian:
    1. Dasar
    2. Tujuan
    3. Seruan

2.3.Kefahaman kpd dasar

  1. Sekularisme
  2. Komunisme
  3. Sosialisme
  4. Pragmatisme
  5. Kapitalisme
  6. Nasionalisme
  7. Demokrasi
  8. Mengapa PAS tidak memilih salah satu drpd di atas sbg dasar perjuangannya?

2.3.Islam sbg Dasar

  1. Takrif Islam (pertama): Hadis kehadiran Jibril ke dalam majlis Rasulullah yang bertanyakan tentang makna Islam
  2. Takrif Islam (kedua): Islam adalah Jalan Hidup
    • (Ali Imran:83), (Ali Imran:3), (Ali Imran:85), (Lukman:22), (Al Baqarah: 132-133), (Al Maidah:67)

2.4.Dasar yang nyata dan jelas
Dengan Islam sebagai dasar:
PAS menghendaki ahlinya supaya berusaha memantapkan keyakinannya terhadap Islam tanpa ragu dan takut.
Perjuangan PAS dapat dibezakan dengan perjuangan gerakan yang lain.

2.5.Islam mesti ditegakkan

  1. PAS berusaha menegakkan Islam melalui: Fasal 6(1) – “Menyeru umat manusia kpd syariat ALLAH dan Sunnah RasulNYA melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan”
  2. PAS berusaha menegakkan Islam melalui: Fasal 6(2) – “Memperjuangkan Islam sbg Aqidah dan Syariah serta menjadikannya sbg panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai2 keislaman dlm usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan

2.6.Hukum dan Kekuasaan

  1. Fasal 7(1) -Hukum dan kekuasaan yang tertinggi sekali dalam PAS ialah:
    1. Kitab ALLAH
    2. Sunnah Rasul
    3. Ijma’ Ulama’
    4. Qias

2.7.Tindakan
Usaha yang disebutkan di dalam Fasal 6 hendaklah dilaksanakan oleh semua organisasi yang ada di dalam PAS

2.8.Seruan
Fasal 4 – Seruan PAS adalah “ALLAHU AKBAR”

2.9.Kesimpulan Buku

  1. Kewajipan meneruskan perjuangan PAS selagi ia tetap di atas dasar Islam
  2. PAS adalah wadah untuk mendaulatkan Islam di negara ini
  3. Perjuangan melalui PAS adalah kerana ALLAH demi menyempurnakan ketaqwaan “al-amru bil ma’ruf wah nahyu ‘anil munkar’

ULASAN

  1. Pengenalan ringkas sejarah PAS
  2. Dasar menentukan perjuangan
  3. Islam sebagai Jalan Hidup
  4. Hidup utk meraih redha ALLAH
  5. Dakwah dan Jihad
  6. Wadah
  7. Pengalaman

FOKUS PERBINCANGAN

  1. Sejarah ringkas PAS
  2. Rasional kewujudan PAS
  3. Kelemahan dan kekuatan PAS
  4. Kritikan2 umum terhadap PAS
  5. Adakah PAS relevan kpd keperluan Ummah?
 
Comments Off on KE ARAH MEMAHAMI DASAR DAN PEGANGAN PAS

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: