RSS

Memali – Hakikat dan Realiti

26 Dec
memali.jpg Tajuk : Memali – Hakikat dan RealitiPenerbit : Jabatan Penerangan PAS Pusat

“Isu Memali Hakikat dan Realiti”, merupakan penjelasan ke atas peristiwa berdarah yangberlaku di Memali 17 tahun yang lalu. Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya seramai 14 orang telah gugur syahid di dalam peristiwa itu.

Pihak media kerajaan dan pro-kerajaan tidak berhenti-henti menghebahkan peristiwa tersebut terutama sekali apabila menjelangnya pilihanraya, sama ada pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. Matlamat utama perancangan mereka ini ialah untuk menonjolkan imej PAS dalam bentuk yang negatif dan ganas. Mereka berharap dengan cara sedemikian rakyat terutamanya bukan Islam akan menolak PAS kerana PAS adalah gerakan ganas. Kebanyakan rakyat tidak mempunyai maklumat tentang peristiwa berdarah yang menyayat hati itu, terutamanya generasi muda.

Maklumat yang mereka perolehi selama ini hanyalah melalui media kerajaan dan pro-kerajaan atau ucapan pemimpin negara yang mengutuk dan mencela as-syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya yang terkorban. Serentak dengan itu mereka mengambil kesempatan membabitkan PAS dengan peristiwa tersebut. Rakyat dan PAS sendiri cuba melupakan peristiwa sedih itu.

Malangnya selepas peristiwa 11hb September 2002 peristiwa Memali telah dihidupkan semula oleh media. Pendedahan kali ini begitu luar biasa sekali. Cara dakyah yang mereka lakukan seolah-olah Ibrahim Libya dan rakan-rakannya adalah penjenayah negara yang begitu kejam dan PAS berada di belakang mereka. Hasrat mereka tidak berhasil.

Buku ini menjelaskan siapa Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Apakah kesalahan yang telah mereka lakukan, sehingga mereka di bunuh begitu kejam. Buku ini tidak bertujuan untuk mengatakan siapa salah dan siapa benar. Apa yang ditonjolkan ialah hakikat sebenar yang berlaku di sebalik peristiwa tersebut.

 
Comments Off on Memali – Hakikat dan Realiti

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: