RSS

Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS

26 Dec
pengaruhIkhwan Tajuk : Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS

Penulis : Ridhuan Md Nor

Saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menerbitkan kajian kecil ini setelah melihat gelombang serangan pemikiran yang dilancarkan oleh parti pemerintah melalui golongan intelektual upahan untuk menyerang dan menggasak fikrah perjuangan Islam yang didokong oleh PAS selama ini.

Intelektual kelas kambing ini turut mengabrak perjuangan Ikhwanul Muslimin serta tokoh-tokoh besarnya seperti As Syahid Syed Qutb dan As SYahid Hassan Al Banna. Kejahilan ini juga diserlahkan oleh segelintir pihak pentadbir universiti yang membuang karya-karya tokoh Ikhwanul Muslimin yang dituduh sebagai pendorong kepada fahaman Islam yang radikal dan militan.

Saya juga melihat kekeliruan kepada adik-adik di kampus yang sentiasa bertegang pandangan tentang kumpulan manakah di luar yang menyokong fahaman gerakan Ikhwanul Muslimin dan ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Ikhwanul Muslimin terhadap gerakan Islam kontemporari yang mana setiap gerakan merasa bangga diri jika diikat perjuangan mereka dengan Ikhwan.

Secara peribadinya niat untuk membuat kajian tentang pengaruh gerakan Ikhwanul Muslimin terhadap PAS ini telah muncul dalam benak penulis semenjak awal dekad 90an tetapi terbantut dengan beberapa halangan dan cita-cita ini terus menyala di dalam hati penulis sehinggalah peluang ini terbuka pada tahun lepas (2003)

 
2 Comments

Posted by on December 26, 2006 in buku

 

2 responses to “Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS

  1. alhalbani

    September 4, 2010 at 3:23 pm

    Assalamualaikum!

    PERJUANGAN PAS
    MELALUI METOD DEMOKRASI

    Perjuangan PAS melalui amalan agama demokrasi adalah perjuangan yang syirik dan kufur yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah.

    Firman Allah : Fatir 10
    Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

    Firman Allah : Faatir 10
    Barangsiapa yang berkehendakkan kemuliaan, maka seluruh kemuliaan itu adalah milik Allah .

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
    Apabila hakikat ini tertanam kukuh di dalam hati, ia akan menukarkan semua ukuran dan pertimbangan seseorang dan akan mengubahkan segala sarana dan segala rancangannya.

    Seluruh kemuliaan itu adalah milik Allah . Tiada sedikitpun dimiliki oleh yang lain daripada Allah. Oleh itu barangsiapa yang mahukan kemuliaan, maka hendaklah ia mencarinya daripada sumbernya yang sebenar iaitu mencari pada Allah. Di sanalah dia akan mencapai kemuliaan yang dicarinya dan dia tidak akan menemuinya pada orang lain, tidak pula pada mana-mana naungan yang lain dan tidak juga dengan mana-mana sebab yang lain kerana :

    Firman Allah : Faatir 10
    Seluruh kemuliaan itu adalah milik Allah .

    Andanyai qabilah-qabilah itu mempunyai kekuatan dan kekuasaan, maka sumber perdananya ialah Allah. Andainya mereka mempunyai kedudukan yang teguh, maka yang mengurniakannya ialah Allah. Jadi sesiapa yang inginkan kemuliaan dan kedudukan yang teguh, maka hendaklah dia pergi kepada sumber perdananya bukan pergi kepada pihak yang mengambil kemuliaan daripada sumber perdana ini. Hendaklah dia mengambil kemuliaan itu daripada sumber asal yang memiliki seluruh kemuliaan, dan janganlah dia pergi mencarinya daripada sisa-sisa dan lebihan-lebihan manusia kerana mereka juga pencari-pencari yang lemah.

    Itulah satu hakikat asasi daripada hakikat-hakikat Aqidah Islam, iaitu satu hakikat yang cukup untuk mengubahkan nilai-nilai dan neraca-neraca pertimbangan, menukarkan keputusan dan penilaian, mengubahkan jalan dan tata laku dan mengubahkan sarana-sarana dan punca. Apabila hakikat ini tertanam di dalam hati, maka dengan hakikat ini sahaja dia dapat berdiri di hadapan dunia sebagai seorang yang mulia, mempunyai kedudukan yang teguh dan sebagai seorang yang tahu di mana jalan kemuliaan iaitu satu jalan yang tunggal, yang tiada jalan lain selain daripadanya.

    Dia tidak akan tunduk kepalanya kepada mana-mana makhluk yang angkuh, kepada ribut yang kencang, kepada peristiwa yang besar, kepada mana-mana undang-undang dan pemerintahan , kepada mana-mana kerajaan dan kepentingan, malah kepada mana-mana kuasa yang wujud di dunia ini kerana apakah perlunya dia berbuat begitu? Sedangkan seluruh kemuliaan itu adalah milik Allah yang tiada siapa yang dapat memiliki kemuliaan itu melainkan dengan keredhaan Allah ?

    Orang-orang yang mencari kemuliaan hendaklah mengambilnya daripada Allah melalui jalan-jalan yang diredhai Allah dan tidak melalui jalan-jalan yang lain daripada jalan-jalan Allah. Kuasa politik untuk memerintah ke atas sesebuah negara itu adalah daripada Allah dan justeru kita diperintahkan Allah supaya mengambil kuasa politik itu melalui jalan dan metod yang dibenar dan di redhai Allah, iaitu jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, sedangkan jalan demokrasi bukanlah jalan daripada Allah kerana ianya adalah jalan daripada pemikiran dan ciptaan manusia yang syirik dan kufur.

    Firman Allah : Faatir 10
    Dan orang-orang yang merancang kejahatan-kejahatan akan mendapat azab yang amat berat, dan rancangan jahat mereka akan binasa.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
    Kata-kata “yamkurun” mengandungi makna membuat rancangan dan biasanya digunakan bagi rancangan yang jahat . Orang yang membuat rancangan yang jahat akan mendapat azab yang amat berat di samping rancangan itu akan binasa. Ia tidak dapat hidup subur dan mengeluarkan buah. Pengertian ini diselaraskan dengan pengertian kesuburan bumi yang dapat mengeluarkan buah di dalam ayat silam.

    Orang-orang yang merancang langkah-langkah yang keji adalah bertujuan untuk mendapat kemuliaan dan kuasa yang palsu, dan lahirnya sahaja mereka kelihatan mempunyai kedudukan yang tinggi, mulia dan kuat, tetapi yang sampai kepada Allah dan yang diankat tinggi oleh Allah ialah madah yang baik dan amalan yang soleh. Hanya dengan kedua-dua sarana ini sahaja dapat dicapaikan kemuliaan dalam erti kata yang sempurna. Perancangan-perancangan yang jahat samada berupa kata-kata atau amalan-amalan bukanlah sarana yang menyampaikan kepada kemuliaan. Walaupun kadang-kadang kuasa yang zalim itu dapat mencapai kejayaan dengan perancangan-perancangan yang jahat, namun kejayaan itu akan berakhir dengan kebinasaan dan azab yang amat pedih. Itulah janji Allah yang tidak pernah mungkir walaupun Dia menangguhkan balasan terhadap perancang-perancang yang jahat itu hingga ke satu masa yang tertentu yang telah ditetapkan dalam pentadbiuran-Nya.

    Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Allah menetapkan hukum-Nya bahawa perbuatan dan amalan yang merancangkan KEJAHATAN dan KEZALIMAN yang bertujuan untuk mendapat KEKUASAAN dan KEMULIAAN itu adalah dilarang dengan keras dan tegas dalam Islam. Allah menetapkan hukum-Nya bahawa setiap perjuangan yang suci dan murni melalui metod yang JAHAT dan ZALIM sama sekali tidak akan diterima oleh Allah swt.

    Perjuangan PAS melalui proses politik demokrasi yang syirik dan kufur ini, mengikut pengertian ayat al-Quran seperti di atas ini, adalah jalan yang merancang untuk melakukan kejahatan, iaitu jalan yang mendatangkan kesyirikan dan kekufuran kepada para pengamalnya yang justeru ianya adalah jalan dan cara perjuangan yang sama sekali tidak dibenarkan oleh Allah sw untuk diamalkan. Ayat ini menetapkan HUKUM-ALLAH yang MUHKAM, SOREH dan QOT’IE bahawa matlamat yang suci dan murni di sisi Allah swt tidak boleh diperjuangkan melalui jalan dan cara yang syirik dan kufur. Khususnya Islam menolak dengan tegas dan jelas sekali akan falsafah Barat bahawa “Matlamat Menghalalkan Cara” yang diuatarakan oleh Machiavelli. Perjuangan PAS yang suci dan murni dikehendaki Allah swt untuk diperjuangkan melalui jalan yang suci dan murni dan tidak melalui jalan demokrasi yang syirik dan kufur.

    Perjuangan PAS melalui proses demokrasi adalah satu konflik yang total dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan ianya juga berkonflik secara total dengan perjuangan Rasulullah saw yang mengakibatkan kesyirikan dan kekufuran kepada PAS dalam berbaga-bagai keadaan dan bentuk seperti berikut :

    1. PAS tidak mengisytiharkan secara terbuka, jelas dan terang kepada orang ramai bahawa demokrasi adalah agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah didasarkan kepada konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia;

    2. PAS yang mengamalkan agama demokrasi mempunyai pengertian bahawa mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur;

    3. PAS yang mengamalkan agama demokrasi mempunyai pengertian bahawa mereka mengingini dan menghendaki peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang syirik dan kufur;

    4. PAS melantik para pemimpinnya yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia, iaitu Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang;
    5. PAS melantik para pemimpinnya yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia, iaitu Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang demokrasi itu ke atas manusia yang bererti bahawa mereka (PAS) telah mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia;

    6. PAS yang mengamalkan agama demokrasi mempunyai pengertian bahawa peraturan dan undang-undang yang dikuat kuasakan ke atas manusia itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia – ini bererti bahawa para pemimpin PAS adalah disembah oleh manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia;

    7. PAS yang mengamalkan agama demokrasi mempunyai pengertian bahawa mereka mengiktiraf, menyetujui dan meredhai segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang juga bererti bahawa mereka mengiktiraf, menyetujui dan meredhai Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang melibatkannya dengan Kufur Isbat;

    8. PAS yang mengamalkan agama demokrasi dan yang menyetujui dan meredhai Uluhiyah dan Rububiyah Manusia mempunyai pengertian bahawa ia menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang melibatkannya dengan Kufur Nafi ;

    9. PAS tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi dan terhadap segala konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang sedang berada di dalam agama demokrasi kita ini yang bererti mereka tidak mengimani, menganuti dan mengamalkan konsep Nafi dan Isbat yang terkandung di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ;

    10. PAS tidak mentaati dan mematuhi perintah Allah untuk memisah dan mengasingkan dirinya daripada agama demokrasi yang syirik dan kufur ini serta mereka tidak mentaati dan mematuhi perintah Allah untuk mengkufur ingkarkannya serta untuk memusuhi dan membencinya;

    11. PAS memboleh dan menghalalkan amalan agama demokrasi sebagai jalan untuk memperjuangkan Islam yang bererti bahawa mereka memboleh dan menghalalkan amalan agama manusia yang syirik dan kufur;

    12. PAS mengiktiraf dan menerima konsep ‘matlamat menghalalkan cara‘ (“end justies the means”) sedangkan ianya adalah konsep daripada pemikiran Barat yang diutarakan oleh Machiavelli yang bererti mereka mengiktiraf, bersetuju dan menerima prinsip dan konsep Barat yang berkontradiksi dengan konsep Islam;

    13. PAS menolak prinsip dan konsep Islam yang menetapkan bahawa matlamat Islam yang suci murni hendaklah hanya diperjuangkan melalui jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah sahaja dan tidak yang selain daripadanya;

    14. PAS mendakwa dan mengisytiharkan bahawa agama demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah sistem politik yang mempunyai RUANG-RUANG yang bebas daripada kesyirikan dan kekufuran yang membolehkannya untuk menggunakan RUANG-RUANG ini untuk memperjuangkan Islam tanpa terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran;

    15. Rasulullah saw menolak tawaran orang-orang kafir Quraisy untuk melantik Baginda sebagai Raja yang memerintah dan berkuasa di Mekah sedangkan PAS tidak menolak agama demokrasi dan system politik demokrasi yang syirik dan kufur – ini bererti bahawa PAS menolak Sunnah Rasulullah saw .

    Perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam melalui amalan agama demokrasi adalah perjuangan yang sesat dan menyeleweng yang merosakkan pegangan dan amalan mereka akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan seluruh mereka itu daripada agama Allah.

    PAS dan para pengikut mereka tidak menyedari bahawa amalan agama demokrasi ini bererti KETAATAN dan KEPATUHAN mereka kepada peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang melibatkan mereka itu untuk MENYEMBAH MANUSIA dan tidak menyembah Allah, dan itu bererti mereka telah MENGANUTI agama demokrasi yang mengeluarkan mereka itu daripada agama Allah.

    Para pemimpin PAS membohongi dan menipu para pengikut mereka. Para pemimpin PAS tidak pernah mengisytiharkan bahawa demokrasi ini adalah satu agama, iaitu agama yang didasarkan kepada konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, mereka tidak mengisytiharkan bahawa ianya adalah agama manusia yang syirik dan kufur, mereka tidak mengisytiharkan bahawa mengamalkan agama demokrasi ini bererti menyembah manusia dan tidak menyembah Allah, dan mereka tidak mengisytiharkan bahawa menyembah Tuhan-tuhan demokrasi ini bererti menganuti agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan seluruh para pengamalnya itu daripada agama Allah.

    Firman Allah: al-Taubah 31
    Mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah dan (juga mereka memperTuhankan) al-Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Ia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan

    Ayat ini dijelaskan di dalam Hadith (Tarmidzi dari ‘Adi bin Hatim):
    Pada suatu ketika apabila Rasulullah s.a.w sedang membaca ayat di atas ini, ‘Adi bin Hatim berkata: “Ya Rasulullah, mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).” Rasullullah s.a.w menjawab, “Memang benar mereka berbuat demikian. Mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib) membenarkan perkara-perkara yang tidak benar, dan mereka (Yahudi dan Nasrani) mematuhi mereka; dan dengan berbuat demikian mereka sebenarnya telah menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).”

    Ujar al-Alusi di dalam tafsirnya:

    “Kebanyakan mufassirin berpendapat : yang dimaksudkan dengan Tuhan-Tuhan yang layak disembah di dalam ayat ini bukannya mereka mempercayai ulama-ulama dan rahib-rahib mereka itu sebagai Tuhan-Tuhan alam ini, malahan maksudnya mereka patuh menjunjung suruhan-suruhan dan larangan-larangan mereka.”

    Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen dan dewan perundangan negeri, mengikut hukum al-Quran, bermakna menyembah ahli-ahli parlimen yang membuat undang-undang itu. Walaupun tanpa niat, iktiqad dan qasad untuk menyembah Tuhan-tuhan demokrasi dan walaupun dengan hati yang tidak meredhai Tuhan-tuhan itu, perbuatan mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi itu tetap bererti menyembah Tuhan-tuhan demokrasi . Kaum Kristian itu dianggap oleh Allah sebagai menyembah ketua-ketua agama mereka (paderi-paderi) apabila mereka mentaati segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu (paderi-paderi), padahal mereka tidak berniat untuk menyembah paderi-paderi itu. Kufur di sini ialah KUFUR AMALIYAH.

    Para pemimpin PAS yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun kita adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik kerana :

    1. Mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia.

    2. Mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang mereka itu ke atas manusia yang bererti mereka mengabdikan manusia kepada kuasa mereka.

    3. Segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu ditaati dan dipatuhi manusia yang bererti mereka itu disembah oleh seluruh umat manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah.

    Para pengikut PAS yang menjadi para pengamal agama demokrasi yang syirik dan kufur ini di Malaysia kita kini sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran kerana :

    1. Mereka menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat segala peraturan dan undang-undang kepada manusia yang bererti mereka telah melantik manusia, iaitu ahli-ahli Parlimen dan Dun kita, sebagai TUHAN-TUHAN mereka yang kafir, zalim dan fasik;

    2. Mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang manusia yang bererti mereka telah menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia ini yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia yang syirik dan kufur;

    3. Mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia yang bererti mereka telah menyembah Tuhan-tuhan manusia ini sebagai Tuhan-tuhan mereka yang layak disembah, padahal mereka tidak menyembah Allah.

    PAS dan para pengikutnya di Malaysia kita ini adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana mereka membuat dan mengamalkan peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur serta mereka menyetujui dan meredhainya. Para pengikut PAS menjadi kafir kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur, mereka menjadi kafir kerana merekalah orang-orang yang melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun mereka ini sebagai Tuhan-tuhan mereka, mereka menjadi kafir kerana mereka adalah para hamba kepada manusia dan tidak menjadi para hamba kepada Allah, dan mereka menjadi kafir kerana mereka menyetujui dan meredhai untuk menyembah manusia dan tidak menyembah Allah!

    Kriteria yang menentukan sama ada PAS ini adalah Islam atau Kafir adalah konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah. Demokrasi adalah agama manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah agama yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Seluruh pemimpin PAS dan para pengikut mereka adalah terlibat dengan KESYIRIKAN dan KEKUFURAN kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yang sekali gus bererti mereka kesemuanya mengimani, menganuti dan mengamalkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia :

    1. Seluruh ahli PARLIMEN dan DUN daripada PAS adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu kesemuanya memiliki sifat dan status RUBUBIYAH, iaitu segala sifat dan status sebagai TUHAN-TUHAN, di antaranya Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia dan yang berhak dan berkuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia;

    2. Seluruh ahli PARLIMEN dan DUN daripada PAS adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu kesemuanya memiliki sifat dan status RUBUBIYAH, iaitu segala sifat dan status sebagai TUHAN-TUHAN yang berhak dan berkuasa untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang ke atas manusia yang bererti mereka itu telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka ;

    3. Seluruh ahli PARLIMEN dan DUN daripada PAS adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu kesemuanya memiliki sifat dan status ULUHIYAH, iaitu segala sifat dan status sebagai TUHAN-TUHAN, di antaranya Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia kerana seluruh peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia;

    Perjuangan PAS melalui jalan demokrasi ini bukanlah jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah. Allah menyifatkan pemimpin-pemimpin PAS yang menyerahkan sifat-sifat ULUHIYAH dan RUBUBIYAH kepada diri mereka sendiri dan justeru mereka melantik diri mereka sendiri itu sebagai TUHAN-TUHAN yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia serta mereka melantik diri mereka sendiri itu sebagai TUHAN-TUHAN yang disembah oleh manusia, sebagai golongan manusia yang sangat KAFIR serta yang paling SOMBONG terhadap Allah swt dan yang amat DIBENCI oleh Allah swt (7:146).

    PAS dan orang-orang PAS serta seluruh umat Islam kita langsung TIDAK MENYEDARI bahawa pemimpin-pemimpin PAS dan seluruh pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN itu adalah disifatkan Allah swt sebagai TUHAN-TUHAN, iaitu TUHAN-TUHAN yang berkuasa, memerintah dan berdaulat ke atas manusia, TUHAN-TUHAN yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, serta TUHAN-TUHAN yang disembah oleh manusia; malah TUHAN-TUHAN itu sendiri pun TIDAK MENYEDARI bahawa mereka itu adalah TUHAN-TUHAN yang berkuasa, memerintah dan berdaulat ke atas manusia serta mereka itu TIDAK MENYEDARI bahawa mereka itu adalah TUHAN-TUHAN yang disembah oleh manusia!

    Orang-orang yang memiliki sifat-sifat Uluhiyah dan Rububiyah itu adalah para pemimpin PAS, justeru Tuhan-tuhan Manusia itu adalah terdiri daripada para pemimpin PAS, dan para Taghut itu adalah terdiri daripada para pemimpin PAS ini sendiri! Namun PAS dan seluruh pengikut mereka itu sedikitpun tidak terfikir bahawa para pemimpin mereka itu adalah orang-orang yang memiliki Uluhiyah dan Rububiyah, mereka itu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang bersifat kafir, zalim dan fasik, dan mereka itu adalah Taghut yang menderhakai dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan seluruh mereka itu adalah terkeluar daripada agama Allah.

    Firman Allah : Yasin 74, 75
    Dan mereka menyembah Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah dengan harapan mereka diberi pertolongan.(Tetapi) Tuhan-tuhan itu tidak berkuasa menolong mereka , sedangkan merekalah tentera-tentera yang disediakan untuk mempertahankan Tuhan-tuhan itu .

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
    Inilah kemuncak kebodohan cara berfikir. Orang-orang yang menyembah pemerintah-pemerintah yang zalim dan sewenang-wenang pada hari ini tidak begitu jauh sifatnya daripada penyembah-penyembah berhala. Mereka merupakan bala tentera kepada pemerintah-pemerintah yang zalim itu. Merekalah yang mempertahankan keselamatan mereka dan melindungi kezaliman mereka dan dalam waktu yang sama mereka tunduk menyembah mereka.

    PAS dan para penyokong PAS yang mengamal dan mentaati demokrasi dan agama demokrasi kita ini adalah disifatkan Allah sebagai TENTERA-TENTERA yang menjulang, memperkasa dan mempertahankan demokrasi, kerajaan demokrasi berserta segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang bererti bahawa PAS turut menjulang, memperkasa dan mempertahankan KESYIRIKAN dan KEKUFURAN berserta dengan segala bentuk dan jenis kezaliman, penindasan dan kerosakan yang sedang beroperasi dan berkuatkuasa di dalam agama demokrasi ini.

    Tidak ada satu ayat al-Quran pun dan tidak ada satu Hadis pun yang memboleh dan menghalalkan amalan agama yang syirik dan kufur seperti agama demokrasi kita ini untuk tujuan yang suci murni semata-mata kerana Allah. Sebaliknya pula terdapat begitu banyak sekali ayat-ayat Allah yang melarang dan menegahkan kita daripada mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur seperti mana agama demokrasi dan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini dalam kehidupan kita hari-hari.

    Firman Allah : Hud 59
    Dan itulah kaum ‘Ad yang telah mengingkarkan ayat-ayat Tuhan mereka dan menderhaka terhadap Rasul–Rasul-Nya dan mereka telah mengikut perintah setiap ketua mereka yang bermaharajalela dan degil.

    Firman Allah: ali-Imran 64
    Katakanlah: “Wahai ahlil kitab! Marilah berpegang kepada satu perjanjian yang saksama di antara kami dan kamu, iaitu kita jangan menyembah melainkan Allah, dan kita jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan jangan pula sesetengah kita menjadi yang lain sebagai Tuhan-Tuhan selain dari Allah dan jika mereka berpaling maka katakanlah (kepada mereka): “saksikanlah bahawa adalah kami sekalian golongan Muslim.”

    Firman Allah: Fussilat 14
    Janganlah kamu sembah melainkan Allah

    Firman Allah: al-Anaam 56
    Katakanlah, “Sesungguhnya aku dilarang menyembah tuhan-tuhan yang kamu sembah selain daripada Allah.” Katakanlah lagi, “ aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu kerana kalau aku turut sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku daripada orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”

    Firman Allah: asy-Syu’ara’ 151, 152
    Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melewati batas, iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan.

    Firman Allah: al-Ahzab 1, 48
    Wahai Nabi! tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuh kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
    Dan jangan engkau turut kehendak orang – orang kafir dan orang-orang munafik, dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah; dan cukuplah Allah menjadi Pelindung.

    Allah melarang kita daripada mengamalkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini kerana itu bererti kita menyembah manusia dan tidak menyembah Allah, itu bererti kita ikut dan taat kepada para pemimpin kita yang degil, membuat kerosakan dan melampaui batasan, itu bererti ikut hawa nafsu dan patuh kepada kehendak orang-orang kafir dan segala pemikiran yang kafir – kesemuanya ini akan membawa seluruh umat manusia kita kepada kebencanaan dan kehancuran.

    Firman Allah: an-Nisa 60
    Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap Taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

    Allah swt memerintahkan kita agar kita mengkufur ingkarkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini sehingga ianya mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan sistem kehidupan daripada Allah.

    Firman Allah : al-Mumtahanah 4
    “Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menyembah Allah semata-mata.”

    Allah swt memerintahkan kita agar kita tidak mengamalkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, agar kita mengeluarkan diri kita daripadanya , agar kita memisah dan mengasingkan diri kita daripadanya dan kita tidak ada sebarang kaitan dan kena mengena dengannya. Allah swt memerintahkan kita agar kita mengkufur ingkarkannya, memusuhi dan membencinya berkekalan sehingga ianya mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan sistem kehidupan daripada Allah.

    Firman Allah: Al-Kafirun 1-6
    Katakanlah: Hai orang-orang kafir, Aku tiada menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agamamu, bagiku agamaku.

    Firman Allah: Al-Qalam 8,9
    Oleh itu janganlah engkau tunduk kepada pendusta-pendusta. Mereka suka jika engkau bersikap lunak, supaya mereka juga bersikap lunak.

    Allah memerintahkan kita agar kita tidak berkompromi dengan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini dan kita hendaklah sentiasa bersikap keras dan kasar terhadap mereka.

    Firman Allah : al-A’raf 195
    Katakanlah : Wahai Muhammad! Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah ankara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepada ku.

    Allah memerintahkan kita agar kita sentiasa bermusuhan dan berkonfrantasi dengan agama demokrasi dan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini sehingga tercetusnya Perang dan Revolusi di antara kita dengan mereka.

    Mengapakah PAS tidak mengambil jalan yang mudah, ringkas dan senang sahaja, iaitu untuk mentaati dan mematuhi segala ayat-ayat Allah yang memerintahkan mereka agar mereka mengeluarkan diri mereka daripada agama demokrasi yang syirik dan kufur ini, ayat-ayat Allah yang memerintahkan mereka agar mereka tidak mengamalkannya dalam kehidupan mereka, dan ayat-ayat Allah yang memerintahkan mereka agar mereka mengambil jalan Allah dan Rasul-Nya, iaitu jalan al-Quran , Sunnah dan Sirah dan tidak yang selain daripadanya yang boleh mempastikan kesempurnaan pegangan dan amalan mereka akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang akan mengekalkan mereka itu dalam keadaan yang aman dan sempurna beriman dengan agama Allah. Allah melarang kita dengan sekeras-kerasnya agar kita tidak mengamalkan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini melalui ayat-ayat al-Quran yang jelas, terang dan nyata yang disampaikan kepada kita secara bertalu-talu dan bertubi-tubi ini – apakah masih ada lagi RUANG-RUANG bagi kita untuk mengamalkannya!

    PAS keengganan untuk mentaati dan mengikut Sunnah Rasulullah saw yang menolak tawaran kaum kafir Mekah untuk melantik Baginda sebagai Raja yang berkuasa dan berdaulat di Mekah .

    Dalam sirah Ibnu Ishak diriwayatkan bahawa :

    “Utba bin Rabia seorang pemuka Quraisy, bagi pihak kafir Quraisy, telah menemui Rasulullah ketika Baginda berada dalam masjid bersendirian: Utba pergi mendapatkan Rasulullah dan berkata: “Wahai Muhammad anak saudaraku, engkau adalah salah seorang daripada kami sebagai mana yang engkau ketahui, daripada keluarga yang termulia dan mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi keturunan. Engkau telah mendatangi kami dengan hal yang amat penting, memecah belahkan kaum mereka; merendah-rendahkan adat istiadat mereka, dan mencerca Tuhan-Tuhan mereka dan agama mereka, dan mendeklarasikan bahawa nenek-moyang mereka sebagai orang kafir, oleh itu dengarlah nasihatku dan aku akan membuat beberapa tawaran, mungkin engkau dapat menerima satu daripadanya. Rasulullah bersetuju dan ia meneruskan. “Sekiranya apa yang engkau kehendaki ialah kehormatan, kami akan melantik engkau sebagai ketua kami sehingga tiada sesiapapun yang boleh membuat apa-apa keputusan tanpa engkau, sekiranya engkau kehendaki kuasa, kami akan jadikan engkau raja.”

    Rasulullah saw menolak tawaran keemasan ini dan Baginda berserta kelompok para pengikut yang kerdil itu memisahkan diri mereka daripada orang-orang kafir, Baginda sama sekali tidak ingin untuk mengamalkan agama orang-orang kafir dan tidak ingin untuk berkompromi dengan orang-orang kafir, malah Baginda dengan keras dan tegas mengkufur ingkarkan mereka dan berkonfrantasi dengan mereka. Begitulah juga sikap para Rasul yang terdahulu terhadap seluruh kekuasaan kufur pada zaman-zaman mereka itu masing-masing – mereka mengingkari dan berkonfrantasi dengan seluruh kekuasaan kufur itu.

    Mengapakah PAS tidak ikut sunnah Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu dan mengapakah pula PAS sewenang-wenang sahaja menderhakai dan mengingkari Allah dan Rasul-Nya dan sanggup bergelumang dengan kesyirikan dan kekufuran semata-mata kerana inginkan kuasa melalui jalan yang mudah, cepat dan tanpa risiko seperti amalan agama demokrasi kita ini ?

    Firman Allah : al-Isra’ 73,74,75,76,77
    Dan mereka sebenarnya hampir-hampir hendak memesongkan engkau daripada apa yang telah Kami wahyukan kepadamu supaya engkau mengadakan perkara-perkara yang dusta yang berlainan daripadanya terhadap Kami dan jika (engkau melayani kehendak mereka) nescaya mereka akan mengambil engkau sebagai sahabat .
    Dan jika tidak kerana Kami telah meneguhkan imanmu tentulah engkau akan condong sedikit kepada mereka.
    Jika (terjadi demikian) nescaya kami rasakan engkau keseksaan dunia yang berlipat ganda dan keseksaan akhirat yang berlipat ganda kemudian engkau tidak akan mendapat seorang penolongpun yang sanggup menentang Kami.
    Dan mereka sebenarnya hampir-hampir berjaya menimbulkan kegelisahan kepadamu di bumi (Mekah) dengan tujuan untuk mengusirmu daripadanya, dan jika (engkau terusir) nescaya mereka tidak akan tinggal di sana sesudahmu melainkan hanya sebentar sahaja .
    Itulah undang-undang yang berlaku kepada Rasul –Rasul yang telah Kami utuskan sebelummu dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan dalam undang-undang Kami.

    Allah memperingat Rasulullah saw melalui ayat-ayat al-Quran seperti di atas ini bahawa sekiranya Allah tidak meneguhkan iman Baginda, kemungkinan Baginda akan menerima tawaran daripada orang-orang kafir itu, dan sekiranya ianya benar-benar berlaku, Allah memberi peringatan bahawa Baginda juga tidak akan terlepas daripada azab seksa daripada Allah yang berlipat kali ganda di dunia dan juga di akhirat nanti!
    Pada hari ini, ayat-ayat ini berperanan sebagai satu peringatan yang amat serius dan berat daripada Allah, khususnya kepada PAS dan secara amnya kepada seluruh umat Islam kita sekelian, bahawa perjuangan Islam melalui proses politik demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah kesalahan dan dosa yang besar, iaitu kesalahan dan dosa kerana kita lari daripada perjuangan Islam mengikut jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, dan kesalahan dan dosa yang besar kerana kita memasukkan diri kita ke dalam agama demokrasi yang syirik dan kufur kononnya dengan harapan untuk mencapai kejayaan dakwah dan perjuangan yang mudah, cepat dan tanpa risiko.

    Jalan Rasulullah saw adalah jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah yang sempurna :

    1. Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.

    2. Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.

    3. Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah.

    4. Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.

    5. Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah.

    6. Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia.

    7. Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia.

    8. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah.

    9. Memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya.

    10. Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.

    11. Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

    12. Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan.

    13. Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.

    Inilah jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, iaitu jalan yang diambil oleh Rasulullah saw dalam memperjuangkan Islam, dan inilah sikap dan tindakan-tindakan Rasulullah saw terhadap Jahiliyah semasa di bawah pengaruh dan tekanan Jahiliyah di Mekah.

    Sebaliknya jalan perjuangan PAS adalah jalan yang sama sekali berkontradiksi dengan jalan Rasulullah saw. PAS mengamalkan agama demokrasi yang melibatkan mereka dengan kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah kerana :

    1. Tidak mengisytiharkan matlamatnya untuk menghapuskan agama demokrasi sebagai agama yang syirik dan kufur;

    2. Tidak mengisytiharkan bahawa demokrasi ini adalah agama yang syirik dan kufur ;

    3. Mengamal dan menganuti agama demokrasi yang bererti mereka menganuti dan mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur ;

    4. Memboleh dan menghalalkan amalan agama demokrasi sebagai jalan untuk memperjuangkan Islam;

    5. Mengiktiraf, bersetuju dan meredhai agama demokrasi;

    6. Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia ;

    7. Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

    8. Tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ;

    9. Tidak memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak memusuhi dan membencinya;

    10. Tidak mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah;

    11. Tidak mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat;

    12. Tidak bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan;

    13. Tidak bersedia untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan jahiliah serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia.

    PAS memilih jalan yang syirik dan kufur! Sikap PAS terhadap agama Jahiliyah demokrasi ini adalah sama sekali BERBEZA dan BERKONFLIK dengan seluruh sikap dan tindakan Rasulullah saw terhadap agama Jahiliyah Mekah. Segala sikap dan tindakan PAS adalah berkonflik dan berkontradiksi dengan total dengan segala konsep dan doktrin yang terkandung di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, PAS berkonflik dan berkontradiksi dengan Uluhiyah dan Rububiyah Allah, dan PAS berkonflik dan berkontradiksi dengan konsep Nafi dan Isbat – ini bererti bahawa PAS berkonflik dan berkontradiksi secara total dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ini sendiri, iaitu konflik dan kontradiksi yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah.

    PAS memboleh dan menghalalkan amalannya itu di atas prinsip MASLAHAH, khususnya dengan bersandarkan kepada falsafah “matlamat menghalalkan cara”, dan kononnya agama demokrasi ini mempunyai RUANG-RUANG yang bebas daripada kesyirikan dan kekufuran yang membolehkan PAS untuk mengamalkannya tanpa terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran itu. Ini adalah sikap dan perbuatan yang merosakkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah, kerana :

    1. Tidak ada ijtihad dan maslahah dalam masalah AQIDAH, maslahah hanya terhad kepada memilih di antara yang buruk dengan yang lebih buruk atau di antara yang mudharat dengan yang lebih mudharat, tetapi tidak untuk membuat pilihan di antara Allah dengan Taghut, Islam dengan Jahiliyah, Kufur dengan Iman, Tauhid dengan Syirik , Hak dengan Batil;

    2. Tidak ada dharurah dalam amalan demokrasi, dharurah hanya dibenarkan dalam situasi yang amat terdesak yang tidak wujud lagi jalan keluar yang lain, iaitu mengikut Imam Ahmad, setelah seseorang itu diikat, atau dikurung atau dipukul dan diseksa, barulah wujudnya prinsip dharurah;

    3. Falsafah “matlamat menghalalkan cara” tidak dapat diterima oleh Islam kerana ianya adalah falsafah Barat dan cara pemikiran Barat yang syirik dan kufur yang dikembangkan oleh Machiavelli;
    4. Rasulullah saw menolak tawaran orang-orang kafir untuk melantik Baginda sebagai Raja;

    5. Rasulullah saw menolak tawaran kaum Yahudi untuk memeluk agama Islam dengan syarat Baginda sanggup untuk menghukum dengan hukuman yang ringan berbanding dengan hukum kitab Taurat;

    6. Membuat sesuatu kesalahan atau melibatkan diri dengan perbuatan yang merosakkan Aqidah Islam secara sengaja dan terancang adalah dilarang oleh Allah swt;

    7. Matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan cara perjuangannya hendaklah juga dengan berpegang dan memelihara kesempurnaan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ daripada awal sehingga ke akhirnya;

    8. Allah telahpun menyediakan Metod Islam yang didasarkan al-Quran, Sunnah dan Sirah yang lengkap, sempurna dan terperinci untuk kita amalkan;

    9. Metod Islam adalah daripada Allah yang tidak boleh diubah atau disesuaikan dengan keadaan dan situasi, dan ianya adalah metod yang sentiasa sesuai dan efektif untuk setiap masa dan zaman;

    10. Pergerakan Islam adalah PERGERAKAN FIQHIYAH, iaitu pergerakan yang sentiasa mentaati dan mematuhi segala hukum, peraturan, dasar, konsep dan prinsip Islam dan terutama sekali Aqidah Islam semasa mengoperasikan perjuangannya itu.

    Ini adalah konsep-konsep yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang tidak memberi sebarang ruang sedikitpun kepada setiap orang yang berpegang teguh kepadanya untuk mengamalkan agama yang syirik dan kufur seperti agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini.

    Sesebuah parti politik seperti PAS dan juga seseorang individu yang wujud dan menjalani kehidupan di bawah sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini akan hanya dapat memelihara dan mempertahankan kesempurnaan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan cara mengamalkan segala sikap, tindakan dan amalan seperti mana yang dikenalpastikan di sini :

    1. Memahami, menyedari dan meyakini kesyirikan dan kekufuran demokrasi;

    2. Mengisytiharkan kekufuran kerajaan demokrasi dan perintah Allah untuk menghancurkannya untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah Negara Islam;

    3. Tidak mengambil bahagian dan mengamalkan agama demokrasi;

    4. Memisah, memencil dan mengasingkan diri daripada demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala proses politik demokrasi;

    5. Tidak meredhai dan menyetujui demokrasi dan kerajaan demokrasi serta membencinya;

    6. Tidak menghalal dan membolehkan amalan demokrasi dan sistem politik demokrasi;

    7. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi ;

    8. Mengamalkan sikap tanpa kompromi dan berkonfrantasi dengan kerajaan demokrasi yang membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi sehingga ia mengalami kehancuran;

    9. Tidak bersikap “neutral” dan berkecuali terhadap kerajaan demokrasi;

    10. Membentuk dan menyertai satu Pergerakan Islam untuk menentang dan menjatuhkan kerajaan demokrasi dan untuk memperjuangkan Islam melalui Metod Islam supaya ia muncul sebagai satu agama yang berkuasa dan memerintah dengan menguatkuasakan segala undang-undang dan sistem hidup daripada Allah.

    Inilah jalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan inilah sahaja jalan dan cara bagi PAS untuk menyelamatkan dirinya dan para pengikutnya daripada terlibat secara langsung dengan kesyirikan dan kekufuran. Perjuangan cara PAS melalui amalan agama demokrasi ini, daripada perspektif kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, adalah cara dan jalan yang syirik dan kufur yang mengeluarkannya daripada agama Allah.

    Sekian, terima kasih.

    Yang Tulus Ikhlas

    Wan Solehah al-Halbani

     
    • khazanahnasional

      November 13, 2010 at 12:00 am

      saudara menyebut:
      “Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen dan dewan perundangan negeri, mengikut hukum al-Quran, bermakna menyembah ahli-ahli parlimen yang membuat undang-undang itu”

      Saya syorkan selepas ini, apabila saudara berkahwin (jika masih bujang), jangan daftar perkahwinan saudara dengan Jabatan Agama. Bila dah dapat anak, jangan daftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

      Jika dibuat juga, itu hipokrit namanya.

      Jika dibuat kononnya kerana darurat, itu bacul namanya.

      Wajar saudara tegakkan revolusi sekarang ini juga.

       

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: