RSS

Utusan: Guru pondok kata haram sokong DAP

08 Aug
Utusan: Guru pondok kata haram sokong DAP
11:35AM Ogos 8 2012

Seorang guru pondok kontroversi yang sering bergeser pandangan dengan para pemimpin PAS hari ini tampil dengan satu lagi dakwaan bahawa hukum menyokong parti DAP adalah haram.

Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah dalam akhbarUtusan Malaysia hari ini mendakwa DAP “secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.”

Bagaimanapun, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai “bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya”.

MCA malah pernah mengugut untuk meninggalkan BN sekiranya Umno cuba melaksanakan hukum hudud – rancangan yang disifatkan parti itu sebagai cadangan yang “hilang akal”.

Pengerusi biro profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan ancaman itu pada awal bulan lalu susulan cadangan daripada seorang ADUN Umno Johor supaya Umno melaksanakan hudud di negeri itu dan juga di seluruh negara.

Seterusnya, Abdullah mendakwa umat Islam berdosa jika menyokong parti yang membawa kepada kemenangan DAP dalam pilihan raya.

“Perjuangan DAP tidak terima perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata.

“Wajib orang Islam dalam PAS, Umno dan PKR menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya,” katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau memberi alasan, parti yang bekerjasama dengan DAP itu bergabung di bawah satu pakatan.

Laporan berkenaan turut menampilkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 1990 berhubung syarat yang dikemukakan pemimpin DAP, Karpal Singh supaya PAS mengugurkan niat untuk membentuk negara Islam sekiranya ingin bekerjasama dengan DAP.

 

 

—————————————————————————————-

A Commentator Wrote:

 

Art Desiderata · Kingdom of Heaven

Kata dari seorang Ustaz pengamal Islam : “Kita tidak boleh menghukum secara umum. Kewujudan DAP adalah diiktiraf dalam politik semasa iaitu kewujudan mereka terhasil daripada demokrasi dan tidak ada satu kata pengharaman atas kewujudan parti mereka”
————————————————-

APA ITU KAFIR HARBI ?

Kafir Harbi ialah orang kafir yang tidak diberi jaminan keamanan mahupun hak-hak umum dari Negara Islam serta tidak ada jaminan khusus untuknya.

Kafir harbi terdiri dari 2 jenis iaitu kafir harbi fi’lan dan kafir harbi hukman.

1) Harbi fi’lan adalah orang kafir yang sedang memusuhi Negara Islam secara langsung dan sedang memerangi umat Islam. Bagi kafir harbi fi’lan, tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ulama bahawa darah mereka adalah halal. Seorang Muslim bukan sahaja tidak akan dikenakan apa-apa hu

kuman jika membunuh mereka, malah hukumnya wajib ke atas kaum Muslimin untuk memerangi mereka di mana sahaja mereka berada.

Jika dahulu mereka ini adalah golongan kafir Quraish yang kedudukan mereka sentiasa memerangi Daulah Islam Madinah, sekarang ini kedudukan mereka sama seperti tentera-tentera Amerika atau Israel atau British yang sedang memerangi kaum Muslimin. Mana-mana negara kufur boleh bertukar status menjadi harbi fi’lan apabila mereka mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.

2) Harbi hukman pula adalah orang kafir yang tidak ada apa-apa perjanjian dengan Negara Islam dan tidak juga mereka ini berada di dalam kedudukan perang dengan umat Islam. Adapun kafir harbi hukman, seorang Muslim tidak akan dihukum jika membunuh harbi hukman. Ia hanya dikenakan diyat yang jumlahnya adalah separuh dari diyat pembunuhan ke atas Muslim.

Diriwayatkan dari Amru bin Syu’aib dari bapanya dari datuknya, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Seorang kafir (harbi hukman) separuh diyatnya seorang Muslim”. Ini adalah kerana kita tidak mengumumkan perang ke atas mereka dan di antara kita dengan mereka juga tidak terjadi peperangan secara langsung.

APA ITU KAFIR ZIMMI :-

Kafir zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-

(a) Orang kafir yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam,

(b) Kafir yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan Islam, dan

(c) Kafir yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam Mereka dikenali dengan kafir zimmi kerana bersetuju membayar jizyah kepada negara Islam yang memelihara dan melindungi kehidupan, kehormatan dan harta benda mereka.

Persoalannya, apakah orang bukan Islam di negara ini menepati ciri-ciri tersebut? Kita sedia maklum, mereka terlibat secara langsung dalam urusan pemerintahan dan mempunyai hak yang sama seperti orang Islam dalam merebut kuasa politik.

Berdasarkan perlembagaan, mereka juga boleh memerintah dan boleh menjadi ketua negara. Mungkin ada yang beralasan mereka tidak semua seperti itu, tetapi mereka semuanya sama dari sudut perundangan dan di dalam menuntut hak.

KESIMPULANNYA:-

So, mengapa bila meng”label” Kafir Harbi, umno hanya menghukum Cina DAP ?…. Mengapa CIna MCA tidak dilabel sebagai kafir HarbI? Adakah MCA setuju dgn Negara Islam dan hukuman Hudud ?

Bagaimana dgn Puak2 kafir US-Israel yg berproksikan APCO WORLDWIDE dan diambil sebagai penasihat utk Umno/bn ?…bukan kafir harbi kah mereka?

Balas · 3 ·  · 4 jam yang lalu
 
Leave a comment

Posted by on August 8, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: