RSS

Hudud, DAP dan Pilihanraya

12 Aug

“Hudud” Alamat Kubra PRU 13

1. Apabila gendang hudud dipalu sekuatnya,
maka ia antara tanda – tanda pilihanraya umum semakin hampir. UMNO terpaksa
sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan
Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah
sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman
insyaallah.

2. Pakatan Rakyat telah beberapa kali bincang perkara ini
dan simpul ringkasnya ialah kami “setuju untuk tidak bersetuju” atau dalam dalam
bahasa lebih mudah ialah : DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa
mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS
mahu mendaulatkan syariat Islam itu.

3. Kedudukan ini jauh lebih baik
daripada UMNO dan BN. Bukan sahaja parti kompenan mereka yang biadab terhadap
Islam, malah UMNO sendiri bersetuju untuk tidak melaksanakan syariat Islam di
Malaysia termasuk undang – undang jenayah syariat. Malah UMNO menikus dihadapan
MCA apabila Presiden MCA ‘menengking’ Adun UMNO Kemelah sebagai pemimpin yang
hilang aqal tatkala Adun itu mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri Johor
sedang rata – rata pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada Adun Kemelah.

4. Tidak hairan jika perlaksanaan hudud belum mendapat kata sepakat dari
kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat yang hanya baru dibentuk pada tahun 2008,
kerana ia sekali lagi jauh lebih baik daripada UMNO dalam BN yang gagal
melaksanakan syariat Islam ini sejak lebih 50 tahun memegang mandat rakyat
sebagai pemerintah meskipun mereka sering mendabik dada kononnya mereka adalah
parti dominan dalam BN.

5. Sewaktu debat Sinar Harian baru – baru ini,
saya telah qoute kenyataan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau
Pinang yang berlangsung pada tahun 2010 yang lalu, bahawa kenyataannya “langkah
mayat saya dulu” untuk menubuhkan Islamic State sebagai ucapan yang disebut 20
tahun yang lalu [ 1990 ] pula ia dipetik di luar konteks. Malah Karpal Singh
sendiri menyebut perkara ini boleh dibincangkan.

6. Lantaran itu,
Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara
ini. Sebahagian dari keputusannya sebagaimana yang saya catat pada point ke 2 di
atas. Selebihnya menjadi dakwah berterusan PAS untuk memahamkan masyarakat
terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga Karpal Singh diberikan hidayah
oleh Allah swt. sebagaimana doa saya buat yang lain juga.

7. Hudud
adalah undang – undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah swt.
Satu realiti yang tidak boleh siapa nafikan bahawa ia adalah satu kewajipan yang
mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam. Sementara pemerintahan Islam
itu pula adalah terbentuk dari mandat [ baiah ] rakyat khasnya rakyat yang
beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina
dengan kukuh dan baik.

8. Hudud adalah sebahagian dari Islam yang
diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan
berpaksikan hudud semata – mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan
hudud itu adalah sebahagian daripadanya. Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa
PAS konsisten memperjuangkan Islam.

9. Jika PAS menang bersendirian
melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [ melalui
proses demokrasi ] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk
melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang – undang jenayah
Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang – undang ciptaan
manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.

10. Namun secara
realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara
kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara
bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang
mustahil.

11. Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di
Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari
kalangan ummat Islam termasuk ahli UMNO dan atas pagar mengundi PAS. Maksudnya,
UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama
menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum
ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan
syariat Islam yang adil saksama dan telus. [ bebas korupsi dan penyalahgunaan
kuasa dan penyelewengan dana negara ]

12. Penegasan ini saya buat kerana
untuk PAS menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah swt sukar menjadi
kenyataan.

Pertama : PAS pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu PAS
menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO.

Kedua : UMNO pernah menang
banyak dan menjadi kuasa besar sejak sekian lama termasuk kemenangan mereka pada
tahun 2004 tetapi mereka tidak pernah berhasrat untuk mendaulatkan syariat Allah
swt sebaliknya memperkayakan kerajaan pimpinan mereka dengan rasuah ,
penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana rakyat dan negara.

Ketiga :
Sehingga saat ini, hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti besar dalam
negara yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma
keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki
keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini
memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga
mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]

12. UMNO pula konsisten
membelasah PAS dan menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Disamping
itu UMNO terus dengan legasi mereka, bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan
kuasa serta menyeleweng dalam mengurus dana rakyat dan negara. Lalu PAS
mengadakan kerjasama politik [Tahaaluf Siasi] dengan parti – parti pembangkang
yang lain iaitu DAP dan PKR lalu membentuk Pakatan Rakyat untuk mendepani UMNO
dan BN.

13. Kerjasama ini adalah kerjasama politik bukan kerjasama agama
dan ideologi perjuangan. Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik
antara parti – parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA,
AUKU, rasuah, pembaziran dalam projek mega negara, ketirisan dalam perbelanjaan
dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak
lagi.

14. Apabila kerjasama politik [tahaluf siasi] ini berjaya dan
hampir menumbangkan kerajaan UMNO dan BN dalam tsunami politik 2008, barulah
UMNO kenal rabu dan khamis, lalu mereka pantas mendendangkan lagu perpaduan pada
setiap hari jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa. UMNO desprate lalu mencari
PAS untuk bersatu padu. Kita tidak menolak mentah tetapi kita meletakkan syarat
Islam sebagai tali pengikat untuk bersatu padu, justeru Islam mengajar kita
sedemikian. UMNO tidak bersedia dengan syarat itu, maka PAS mohon jalan dulu .
Tinggallah UMNO dengan lagu lamanya.

15. ما لا يدركه كله ، لا تتركه كله
Tidak boleh laksanakan semua [kandungan Islam] maka jangan tinggalkan semua [
ertinya, laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu ]. Bertolak dari
kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek “Negara Berkebajikan”
yang merupakan subtance kepada ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang
dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah,
penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian ” Good
Governence” . Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini.

Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on August 12, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: