RSS

DAP Boleh Berunding Dengan BN Pasal Jambatan, Mengapa PAS Tak Boleh Berunding Pasal Syariat?

22 Jul

[Catatan penuh, jawapan dan ulasan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi dailog Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri 1436H bersama anak-anak Terengganu di Perantauan yang diadakan pada 2 Syawal di Markaz Tarbiah Kuala Ibai]

Dari: http://www.buletinonline.net/v7/index.php/dap-boleh-berunding-dengan-bn-pasal-jambatan-mengapa-pas-tak-boleh-berunding-pasal-syariat/

Sebelum saya jawab soalan-soalan yang ditujukan berkaitan dengan isu yang terkini yang dihadapi oleh PAS Pusat, saya ingin menambah kepada jawapan Pesuruhjaya tentang isu Terengganu.

majlis perantau 1436HOrang Terengganu Ada Kedudukan Dalam Sejarah Politik

Kita orang Terengganu perlu menyedari bahawa Terengganu mempunyai satu kedudukan yang besar dalam sejarah Politik tanah air di Malaysia. Terengganu negeri yang paling akhir dijajah. Tahun 1928. Terengganu yang palig akhir, pelaksanaan syariat Islam khususnya bagi semenanjung tanah melayu, bahkan di rantau Asia Tenggara. Maka Terengganu sangat menjadi sasaran kepada gerakan anti Islam sejak dulu sehingga hari ini lebih daripada negeri-negeri lain.

Namun berlaku kejutan yang banyak di Terengganu ini dari segi politik. Perkara yang tidak diduga oleh pemerhati politik. Ketika diadakan pilihnraya tahun 1959, kali yang pertama selepas kemerdekaan, banyak pimpinan PAS di masa itu, mengharapkan kemenangan lebih mudah di Johor, kerana johor merupakan negeri yang ramai orang melayu menjadi melayu Islam. Negeri yang paling dekat dengan Singapura. Merupakan pusat gerakan kebangkitan rakyat di semenanjung tanah melayu. Bahkan penubuhan PAS tahun 1951 adalah bertolak daripada muzakarah ulama’ yang diadakan di Muar, Johor sebelum daripada itu.
Tahun 1959 pilihanraya diadakan, tidak sekaligus, berasingan daripada parlimen dan DUN berasingan dengan satu negeri dan satu negeri. Bermula dengan Perlis. Seluruhnya kalah, bila sampai giliran Terengganu, tiba-tiba menang. Sebelum Kelantan. Terengganu menang dulu, baru Kelatan. Orang Terengganu menjadi sasaran. Mereka menganggap bahawa kubu PAS ialah di mana adanya pondok. Semua pusat pondok di Terengganu dihapuskan. Tinggal segelintir sahaja. Kelantan kedah masih ada. Kerana pusat pendididkan merupakan benteng terakhir kepada gerakan Islam. Tidak boleh dinafikan. Orang Terengganu dibelasah habis-habisan bukan sahaja dari segi politik, dari segi pendidikan, dari segi pembangunan, paling ditinggalkan. Paling dibelakangkan. Di seluruh negeri pantai timur dan wiayah timur.

perantau 1436BN Khianat, Langgar Perjanjian, Langgar Perlembagaan

Tiba-tiba kita menang lagi tahun 1999. Diambil langkah, menghapuskan royalti petroleum. Dirampas bodoh-bodoh begitu saja. Melanggar perjanjian, melanggar perlembagaan. Dia tak buat pada Kelantan, dia tak buat pada Sabah. Terengganu dia buat begitu. Kerana mereka menjangka disini ada kekuatan, sumber, tenaga yang banyak, yang boleh membantu negeri-negeri lain. Itu yang sebenarnya. Banyak kita (orang) Terengganu tak sedar, kita ada kekuatan kita sendiri. Disana ada langkah politik yang diambil dari Barisan Nasional. Iaitu melalui Pilihan raya. Daripada 222 dua kerusi parlimen, kita perlu mendapat majoriti dua per tiga. Mereka sengaja meletakkan kawasan yang luas dan banyak pengudi, di Kedah, Kelantan dan Teregganu, satu parlimen 100,000, 80,000 (pengundi). Di Johor satu parlimen 20,000. Putrajaya 16,000 satu parlimen. Ini satu persepadananyang sangat tidak adil.

Sejak dulu, namun kita boleh mencapai kemenangan juga. Sebanyak dua kali. Dan kita, menjadikan Barisan Nasional mendapat majoriti yang tipis, lebih daripada satu perdua kawasan DUN di Teregganu ini. Mereka meletakkan lapan parlimen hanya dua yang tak ada (ramcangan tanah) Felda, Kuala Terengganu dan Marang. Semua kawasan yang lain parlimen ada Felda. Diletakkan peneroka peneroka sebagai pengundi deposit kepada mereka untuk menang pilihanraya. Ini kesilapan UMNO dalam mengekalkan kuasa. Hari ini sudah ada kalangan UMNO yang berpandangan cara yang dibuat (oleh Umno) itu selama ini merosakkan negara sendiri. Namun kita sebagai orang Terengganu kena sedar, kewajipan berpolitik dari segi Islam. Politik ini bukan satu kerja main-main. Kerja sambi lewa. Kerja boleh buat acuh tak acuh. Nabi kita Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah (adalah) kerana apa? (kerana) politik. Untuk mendirikan Negara, kita hari raya kita boleh balik, tapi kalau nak mengundi, payanh nak balik. Kita menganggap hari raya lebih penting dairipada mengundi. Padahal mengundi untuk, memberi kuasa poltik kepada Islam.

Kefahaman ini perlu ditanam di dalam rakyat bukan sahaja Perantau termasuk dalam negeri sendiri. Ada dikalngan kita yang semangat dengar ceramah. Tetapi tak daftar untuk mengundi. Ada dikalngan kita yang sanggup sumbang duit tambang kerana nak pergi dengar ceramah. Tetapi tak pergi mengundi kalau tak ada orang ambil kereta depan rumah. Ini kelemahan-kelemahan yang berlaku, yang kita kena perbetulkan, kena beritahu, fahamkan bahwa, politik adalah fardhu ain. Untuk menegakkan Islam, menjadi kuasa pemerintahan.

20150718_225516Harapan Umat Islam Dalam al-Quran

Kemudian soalan yang berkait dengan soalan tumbuhnya kumpulan yang dikatakan ‘harapan baru’. Harapan kita telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran, tak pelu cipta lah. Dalam al-quran dah ada. Tuhan dah tentukan harapan. Allah berfirman di dalam al-Quran (yang bermaksud), “jika sekiranya kamu berasa sakit, untuk mengakkan Islam ini, maka mereka yang melawan kam jua akan merasa sakit,”, Tuhan kata (dalam al-Quran yang bermaksud) “Dan kamu berharap kepada Allah, apa yang mereka tidak harapkan,”

Harapan kita adalah kemenangan dunia dan akhirat. Kemenangan dunia untuk menegakkan Islam dan diterima oleh Allah untuk hari akhirat. Ini lah harapan kita. Tak ubah. Dan nabi kita Muhammad SAW mengajar dalam kita berpoitik ini, ada dua bahagian. Yang pertama dinamakan ‘Sawaabit’. Perkara yang tetap, yang tidak berubah. Yang kedua dinamakan ‘Mutaghaiyirat’, Perkara yang berubah.

Perkara yang tetap ialah perkara yang menjadi akidah kepada perjuangan, akidah dasar dan matlamatnya tidak berubah. Mutaghaiyirat ialah taktik, strategi dan pendekatan. Ini berubah. Jangan lah kita celaru, tak boleh celaru. Yang dia buat maam-macam ini kerana celaru. Boleh (ke) ubah Islam ini (jawabnya) Tak boleh. Perkara akidah, dasar dan matlamat tak boleh ubah. Diajar oleh nabi kita Muhammad SAW apbila berada di Mekah. Belum ada negara, peringkat lemah. Dan diajar seteah adanya Negara. Dalam suasana bersama dengan orang Islam, dan bersama dengan orang yang bukan Islam. Yang menyokong perjuangan Islam. Disana ada orang Islam yang bersama dengan akidah. Disana ada orang yang bukan Islam yang menyokong perjuangan Islam. Ini ditangani oleh nabi kita Muhammad SAW, ketika berada di Mekah.

Nabi telah mengambil pendekatan yang diamalkan oleh orang-orng jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Membela keluarga, membela orang yang dizalimi, memberi perlindungan kepada orang yang minta perlindungan. Samada di atas semangat keluarga ataupun di atas semangat menundukkan kekuatan. Nabi ambil walaupun perkara ini jahiliyah. Ini pendekatan. Di mana nabi memaggil keluarganya bani mutalib, dan bani hasyim, di atassemangat keluarga, di atas semangat untuk menolong orang yang teraniaya dan ditindas, yang tdak bersalah, untuk memberi perlindungan dan abu talib memanggi keluarganya, abu talib tak Islam. Memanggl keluarganya, bani mutalib dan bani hasyim, untuk melindungi nabi Muhammad SAW. Mereka merekasemua sanggup, sangup kecuali Abu lahab yang tak setia. Mereka melindungi dan nabi mengambil pendekatan ini daripada orang Islam dan orang bukan Islam.

20150718_230944Tahaluf Siyasi

Di Madinah, nabi mengajak orag-orang yahudi musyrikin, Kristian untuk bertahaluf, bersefahaman dengan Negara Islam di Madinah. Apabila pemimpin musyrikin mendesak nabi meninggalkan akidah, meninggalkan dasar, membatalkan matlamat, apabila pemimpin mekah menghantar wakil bertemu abu talib, berjumpa dengan abu talib, minta pujuk Muhammad berhenti berjuang menegakkan Islam. Jangan Cakap pasal Islam. Jangan ganggu mereka. Bawa diri masing-masing. Jangan ckap pasal Silam. Maka dengn tegas nabi jawap “demi Allah! Sekiranya mereka meletakkan kananku, dan bulan di kiriku, supaya aku meninggal urusan ini, ataupun aku mati kerananya, aku tidak berganjak, “kita nabi. Ini dia. Di Madinah begitu juga. Bila orang yahudi mintaa nabi membtalkan pelaksanaan syariat Allah taala menurunkan ayat “hukum apayang tuhan turunkan kepadamu, jangan ikut hawa nafsu mereka dan berwaspada dengan godaan mereka, “. Maka Nabi tdak berganjak.

Dalam hal ini, PAS sangat berpengalaman, bertahaluf dengan semua kalangan. Sebelum merdeka, pimpinan PAS, belum ada PAS lagi, sudah bertahaluf dengan komunis, group kiri, sosialis, dengan nasionalis, bertahauf dengan mereka ini. Untuk menentang British. Bila sampai masa, mereka mendesak PAS untuk meninggalkan akidah, dasar, maka dibatalkan perseahaman itu. Selepas merdeka, PAS pernah bertahaluf dengan Parti Negara, di Terengganu, memulakan kerjasama dengan Parti Negara, Dato’ Onn diberi kawasa Kuala Terengganu untuk bertanding, Dato’ Onn yang kalah di Johor, DUN pun kalah, maka Terengganu yang dimenangi PAS tiga belas kerusi, Perikatan UMNO MCA tujuh kerusi, Parti Negara Empat kerusi, untuk menambah kekuatan PAS di Terengganu, maka diadakan kerjasama dengan Parti Negara. Yang menang empat kerusi. Diberi Parlimen Kuala Terengganu kepada Dato’ Onn, PAS pernah mengadakan kerjasama dengan tidak berganjak daripada dasar, akidah dan matlamat. Tapi Parti Negara dia mati.

Tahun 1970, selepas belakunya (peristiwa) 13 Mei, UMNO ajak PAS kerjasama untuk mewujudkan perpaduan Negara. Maka PAS bersedia dengan lapan syarat. Syarat yang pertama mengizinkan PAS menyatakan Islam di dalam keajaan. Tdak ada gangguan. Yang kedua mengizinkan PAS menerapkan dasar-dasar Islam dalam kerajaan. Yang ketiga, PAS tidak terikat dengan disiplin Parti Perikatan untuk mengkritik kerajaan. Lapan semua, saya tak ingat lima (perkara) lagi. Dan kita menyertai kerajaan. Dari tahun tujuh puluh, kerajaan campuran, tujuh puluh empat menubuhkan barisan nasional, tujuh puluh lapan, apa yang berlaku pertembungan di dalam kerajaan kerana kita telah berjaya mencetuskan kebangkitan Islam di Pusat-Pusat pengajian Tinggi, di Kementerian-Kementerian, dan jabatan-jabatan kerajaan. Maka muncul kefahaman untuk melaksanakan syariat maka berlaku pertembungan diantara group Islam dengan group yang tidak mahu kepada Islam di masa itu yang berakhir dengan krisis Kelantan menjadi peluang untuk mengasingkan PAS dari Barisan Nasional.

Yang terakhir untuk meringkaskan masa, kerjasama kita dengan DAP, dengan PKR. DAP dasar dia sosialis, sekularisme. PKR dasar dia sekularisme. Kita dasar kita Islam. Tahun dua ribu satu, DAP mendesak PAS supaya mendiamkan agenda menegakkan Negara Islam. Kita kata tak boleh. Dia tak ada hak untuk kita diamkan agenda Islam ini. Kita tak suruh dia diamkan sosialis. Tak suruh dia diamkan agenda perjuangan dia. Dia paksa kita suruh diam. Tak boleh. (Dan) akhirnya dia keluar daripada barisan Alternatif. Kali ini, dia minta kita tangguhkan pelaksanaan syariat Islam di Kelantan. Cerita pelaksanaan syariat di Kelantan ini, bukan cerita baru. Sejak tahun 1959. Kemudian baru diketengahkan pada tahun 1990. Untuk menggubal syariat Kelantan tahun Sembilan puluh. Melibatkan tokoh-tkoh imuwan Islam dan ulama’.

20150718_214816 (2)Menggubal Enakmen Syariah

PAS menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal syariat, PAS lantik saya menjadi pengerusi masa itu, Dato’ Wan Mutalib,Tun Salleh Abbas, bukan calang-calang orang, bekas ketua hakim Negara, almarhum (Dato) Ustaz Harun Taib, Dato’ Abdul Halim Muhammad, bekas penasihat undang-undang negeri Kelantan, bekas EXCO. Dato’ Paduka Abdul Halim Abdul Rahman, kerajaan Kelantan menubuhkan jawatankuasa, pengerusinya Dato’ Halim, anggotanya Proffesor Ahmad Ibrahim, UIA, Dato’ Halim, Dato’ Daud, Ketua hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Kelantan terpaksa berheni kerana UIA minta Professor Ahmad Ibrahim dan Dr. Ahmad Saidol tarik diri. Namun kita berjaya menggubal undang-undang syariat, tempatnya rumah Dato’ Wan Mutalib (Embong). Di rumah dia. Kita mesyuarat beberapa kali. Ada peranan. Kita mempunyai peranan yang besar. Dalam menggubal undang-undang syariat. Sebelum kita bawa ke dewan negeri Kelantan, kita lalui proses demokrasi. Iaitu lah demokrasi dibentangkan kepada rakyat. Diajak NGO-NGO yang bukan Islam, termasuk DAP, termasuk MCA, termasuk UMNO, termasuk NGO Kristian, Hindu, Budhha dan lain-lain. Kita buat dialog. Habis dialog, barulah kita bawa ke Dewan (Undangan) Negeri Kelantan.

Setelah dibawa ke Dewan (Undangan) Negeri Kelantan, (kerajaan) Kelantan mendapat surat amaran daripada Perdana Menteri pada masa itu. Beri amaran kepada Tok Guru Menteri Besar Kelantan. Jangan laksanakan syariat. Namun kita terus hidupkan dengan ada seminar di Kelantan tiap-tiap tahun, ada bulan hudud. Tiap-tiap tahun, bukan musim pilihanraya. Kemudian kita bawa ke Parlimen tahun 1990-an. Saya sebagai ahli parimen membawa usul persendirian di Parlimen, tetapi mengikut usulnya mesti melalui proses peraturan Parlimen. Terpaksa ditunda, kerana agenda kerajaan lebih diutamakan. Sebarang usul persendirian mestilah terlebih dahulu seorang menteri membawa untuk mengizinkan kita boleh ke (atau) tidak membawa usul. Sehinggalah yang terkini, berlaku perundingan dengan (antara) kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat untuk melaksanakan syariat.

IMG-20150718-WA0095Membawa Usul Akta 355 Ke Parlimen

Perundingan antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan pusat. Adakah tak boleh, kerajaan hendak berunding dengan pusat untuk bincang pasal melaksanakan syariat, DAP boleh berunding pasal jambatan. Kita tak boleh pasal syariat. Mana (boleh)? Kalangan yang lelak taka da yang tolol. Ada yang tak faham dalam masalah ini. Kita tak boleh nak bincang pasal syariat. Dia nak bincang pasal jambatan kedua boleh. Mana kita orang PAS? Setelah kita bincang akhirnya, ada dua perkara. Yang pertama (perkara) 76 A. yang kedua (Akta) 355. (Perkara) 76A, membolehkan semua undang-undang jenayah syariat dilaksanakan. Memerlukan majoriti dua per tiga. (Akta) 355, pindaan kepada jadual Sembilan. Iaitu lah (hukuman) tiga, lima dan enam iaitulah tiga tahun penjara, lima ribu ringgit dan enam kali sebatan. Itu mengikut jadual Sembilan. (Akta) 355 enakmen dipinda kepada hukuman yang sesuai mengikut hukuman syariat. Kerana (Akta) 355 ini meletakkan mahkamah syariat lebih rendah dari mahkamah majistret. Dengan pindaan ini, merangkap mahkamah syariat dengan tidak menyebut berapa hukuman daripada (Akta) 355 kepada hukuman yang mengikut syarat Islam. Itu pindaan di mana pindaan ini, boleh diaksanakan dengan ‘simple majoriti’. Dengan lebih satu undi, mereka yang hadir di parlimen. Kita mahu bawa dua, iaitu (perkara) 76A dan (Akta) 355.

Ada kalangan, termasuk dalam kalangan (ahli) PAS sendiri yang menyatakan bahawa kalau bawa (Akta) 355, DAP boleh sokong, (perkara) 76A DAP tak sokong. Kerana majoriti dua pertiga. DAP tak sokong. Berlaku ketegangan, akhirnya kita buat dialog dengan DAP, buat dialog dengan DAP, buat dialog dengan PKR, buat dialog, kita tak bergajak dengan matlamat kita. Akhirnya setuju bahawa usaha untuk melaksanakan syariat adalah usaha hak negeri Kelantan. Kerana hujah kita proses melaksanakan syariat dibawatahun 90-an. Belum ada Pakatan Rakyat lagi. Pakatan Rakyat tahun2004. Dia tak ada hak ke atas Kelantan. Dan kita tak bawa ke Kedah, tak bawa ke Selangor, kerana keadaannya berbeza.

Akhirnya, mereka kata (perkara) 76A itu payah nak sokong tapi kalau (Akta) 355, boleh. Akhirnya, kita mengambil yang mudah dahulu. Uamak mengatakan “kita boleh menolak kemudaratan mengikut kemampuan yang ada pada kita “. Kaedah fiqh mengatakan “barang yang kita tak boleh buat semua, jangan tinggal semua “. Maka cukup dengan (pindaan Akta) 355 dulu, hukuman sebat mengikut adat, mengikut cara Islam. Jumlahnya mengikut cara Islam. Adatnya mengikut Islam, bukannya hukuman penjara seperti hari ini. Hukuman pengampunan, dalaqi, jenayah, qisas, ini boleh dilaksanakan. Ganti rugi, boleh dilaksanakan. Termasuklah (dalam Akta) 355. Mereka menganggap ini sudah melanggar kerjasama antara Pakatan Rakyat. Mereka minta kita jangan sebut pasal syariat.

20150718_222802Isu Kalimah Allah

Yang kedua yang berkait dengan (isu) kalimah Allah. Memang kalimah Allah pada asalnya boleh digunakan oleh semua kaum. Kita tak boleh larang (pnggunaan) kalimah Allah ini, sebab tuhan pun sebut dalam al-Quran, “jika engkau tana mereka siap yang jadikan langt dan bumi, semua kata Allah “. Orang Islam kata Allah, orang Kristian kata Allah, orang Hindu kata Allah, orang budhha pun kata Allah. Orang musyrikn mekah pun kata Allah. Itu hak dia. Bahkan kita orang Islam dibolehkan memakan sembelihan orang kafi dan yahudi, kerana dia sebut nama Allah. Kerana ada gerakan Kristian, untuk mengelirukan orang Islam dengan menggunakan kalimah Allah di dalam ‘Bible’, bagi masyarakat melayu yang jahil, yang buta agama, maka menjadi hak kepada mufti untuk memberi fatwa.

Menjadi hak kepada agama untuk bertindak kerana syarat mengatakan “perara-perkara itu mengikut qasar mereka yang melaksanakan perkara tu. Qasar diauntuk mengelirukan maka majlis ugama boleh bertindak. Dalam hal ini, DAP campur tangan. Campurtangan walaupun ada pandagan Mufti Pulau Pinang, dia campur hal mufti pulau Pinang. Mufti di Pulau Pinang di bawah Agong, bukannya di bawah Ketua Menteri. Kerana mengikut kepada enakmen pentadbiran agama Islam, hal ehwal negeri Islam, negeri yang raja, raja (bertanggungjawab). Negeri yang tiada raja, Agong, bukan ketua menteri. Yang ketiga. Apabila DAP mencadangkan untuk mengadakan pilihanraya majlis perbandaran, kita tak setuju.

20150718_215324Pilihanraya Kerajaan Tempatan

Mengapa tak setuju ? kita kata ini menempah pergaduhan kaum. Kerana kalau buat pilihanraya tempatan mengikut proses pilihanraya yang ada pada hari ini, 99% Bandar di Malaysia ini, ditadbir oleh kaum cina sahaja. Kaum cina sahaja tadbir. Sedangkan hujah saya mengatakan bahawa mengikut ilmu sosiologi, sesuatu bandar itu tak boleh hidup dengan penduduk dia sahaja. Ada petani, ada nelayan ada pemandu teksi, ada pegawai kerajaan, pelbagai NGO, dengan sebab itu, Bandar pengurusannya perlu diwakili oleh semua kalangan bukan satu kaum sahaja. Kita terima pilhanraya, tetapi mesti mel alui proses yang mewakilkan semua kalagan, untuk menghalang ketegangan kaum. Dibawa juga di dewan undangan Pulau Pinang. Dibawa juga dewan undangan Selangor, kita nak bawa pasa undang-undang syariat Islam, di Kelantan dia bising. Hal-hal yang macam ni merupakan perkara yang kita tak boleh tolak ansur. Ada dikalangan kita, yang baru masuk PAS tahun 2000, baru masuk PAS tahun 90-an, merasakan kita perlu menyelamatkan pakatan rakyat, lebih dari menyelamatkan akidah perjuangan.

Ini kita tidak boleh tolak ansur. Apalagi apabila pemilihan PAS, dilakukan kempen oleh DAP. DAP kempen pemilihan PAS. Berperanan dalam pemilihan PAS. Sebab itu saya sudah melihat proses campurtangan DAP dalam pemilian PAS ini sejak, lama. Saya biarkan. Sehingga tiga hari lagi muktamar saya mengeluarkan kenyataan kepada media terpulang kepada PAS, samada ingin memilih calon yang mereka pilih sendiri, atau calon yang disokong oleh DAP. Akhirnya mereka tergamam, tak boleh nak jawab dalam masa dua tiga hari. Dan berlaku lah proses muktamar PAS.

Kemudian akhirnya, dalam perkara Islam ini kita kena faham, perkara mutaghaiyirat, perkara yang boleh berubah, taktik dan strategi, peraturan-peraturan yang dibuat mesyuarat. Memang mesyuarat boleh berubah buat keputusan. Mengikut kaedahnya, termasuk perkara yang berubah, kalau jadi keputusan mesyuarat, kita wajib patuh keputusan mesyuarat. Keputusan muktamar, wajib patuh pada keputusan muktamar. Ini adab kita berparti. Nabi kita Muhammad SAW dalam sirahnya, dalam peristiwa uhud, belum dapat maklumat musuh nak serang Madinah lalu mengadakan mesyuarat dengan sahabat-sahabatnya. Pandangan yang ertaa mengatakan bahawa leih baik bertahan di Madinah. Lebih strategik.

Kalau bertahan di Madinah, kita boleh menentang msuh di lorong-lorong. Kaum muslmat boleh menentang musuh di rumah masing-masing melalui jendela. Pandangan disokong oleh Abdullah bin Ubai, pemimpin Munafiq. Dia sokong pandangan ini, kerana dia senang nak lari. Dan nabi sendiri cenderung kepada pandangan ini. Pandangan bertahan di madinah. Pandangan kedua ialah pandangan kalangan pemuda. Khususnya mereka yang tidak terlibat dengan peristiwa Badar yang mendapat kelebihan menyatakn bahawa adalah lebih strategik, kita menentang musuh di luar Madinah, di Uhud. Kerana kaau kita lawan di Madinah, kita tewas di Madinah, maka Madinah ditakluk oleh musuh. Kalau kita lawan di luar Madinah, kita tewas, Madinah masih bebas. Dan kita boleh mengambil langkah untuk menghalang lagi musuh selepas itu. Akirnya lebih ramai erpandangan untuk lawan luar Madinah. Dan nabi menerima pandangan ini. Abdullah bin Ubai, yang tidak berpuas hati dengan pandangan ini menarik diri tiga ratus dari seribu, lari daripadanya.

Saya dengar cerita, nak ubah nama, daripada G18, kepada harapan baru. Sebab geng lapan belas ni ada satu kumpulan gangster di Pulau Pinang, nama geng lapan belas. Tak jadi….. ubah nama baru. Tak apa lah.

(Kemudian dalam perang Uhud) Tiga ratus berundur. Dan mereka jumpa nabi, nak tarik balik cadangan pergi ke Uhud, Tidak! Bila seorang Rasul sudah mendapat keputusan dalam mesyuarat, akan teguh dengan keputusan itu. Dan apabila mereka pergi ke Uhud, tak ikut arahan. Berlaku lah ketewasan dalam uhud. Memangsakan syuhada’ tujuh puluh orang. Ramai yang luka, termasuk nabi yang luka. Namun demikian Allah menurunkan ayat (yang bermaksud) “Maka dengan apa rahmat yang Allah kurniakan kepada kamu wahai Muhammad, kamu tidak bersifat kasar, maka Allah taala menjadikan keadaannya baik, tapi sekiranya engkau kasar wahai Muhammad, ramai lah orang lari dari mu, istighfar untuk mereka, maafkan mereka, dan terus bermesyuarat, justeru apabila lah menjadi keazaman, betawakkal kepada Allah”.

20150718_222203Istighfarkan Untuk Mereka

Apakah tindakannya? tindakannya (adalah) al-Quran kata, istighfarkan untuk mereka, harap Tuhan maafkan mereka, supaya mereka sedar dan insaf, tetapi sekiranya, mereka masuk parti lain, perlembagaan PAS mengatakan, automatik, bila tubuh parti lain, keluar dari PAS. Begitu juga, sekiranya dilihat oleh kepimpinan, melakukan tindakan yang sangat negatif terhadap parti, maka Jawatan kuasa disiplin boleh mengambil tindakan terhadap mereka ini. Dalam sejarah PAS ini bukan kali yang pertama. Tahun 1951, Presiden PAS keluar PAS masuk Parti Negara. PAS tak matiHaji Shmad Fuad masuk parti negara. PAS disertai oleh kalangan yang lebih kuat. Professor Ahmad Ibrahim yang UIA tu, AJK PAS Pusat tahun 1954, setelah pimpinan PAS yang utama keluar daripada PAS, masuk orang baru. Ini sejarahnya. Tahun 1950-an, 60-an,Setiausaha Agung keluar PAS. Tahun 1978, apabila berlakunya krisis Kelantan, di mana, ahli-ahli mesyuarat tak setuju dengan presiden PAS pada masa itu. Majoriti sokong presiden PAS pada masa itu. Jangan pecat Datuk Mohd Nasir. Akhirnya pecat Datuk Mohd Nasir. Dan berlaku darurat di Kelantan, jatuh kerajaan Kelantan. Apa yang menarik (adalah), sebahagian besar mereka yng sokong Datuk Mohd Nasir tak keluar PAS. Terus bersama dengan PAS. Sebahagian lagi, lebih dari sepuluh orang, keluar dari PAS.

Walaupun lebih dari sepuluh orang keluar daripada PAS, kita tak jatuh. Tahun 1982, ekoran krisis ini, daripada empat ahli parlimen masa itu, tiga ahli parlimen keluar parti, tinggal Tok Guru Nik Aziz seorang. Tinggal seorang ahli parlimen. Ahli-ahli kita bertambah. Apa yang berlaku pada hari ini, selepas krisis ini, kita menerima ahli baru, tiap-tiap bulan, tak kurang dari lima ribu. Ini perkembangan yang sangat menarik. Walaupun lapan belas orang keluar isytihar keluar parti, yang masuk ahli baru, 5,000 (orang), lebih dari 5,000 (orang) pun ada kadang-kadang. Itulah jawapan kepada soalan-soalan itu.

 

 

 
Leave a comment

Posted by on July 22, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: