RSS

Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden

03 Oct

.

                  

Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mencetuskan kebangkitan Islam di majoriti seluruh pelusuk dunia pada abad ke 17 hingga abad ke 19 ialah kerana kekecewaan masyarakat dunia pada sistem barat, keadaan sosial ekonomi yang tidak stabil dan kesedaran kendiri masyarakat pada keupayaan Islam sebagai jawapan dalam mengatasi masalah-masalah tersebut.

Antara isu-isu sejagat yang telah berlaku pada dekad tersebut ialah Islamisasi dan rampasan kuasa yang berlaku di Sudan yang telah menaikkan nama seorang tokoh pejuang Islam, Jaafar Muhammad Numeiri. Di Mesir idealogi Imam Hassan Al-Banna telah menymbang kepada kejatuhan Anwar Sadat, seorang pemimpin mesir yang telah berpaling dari Ihkwanul Muslimin.

Tekanan kepada gerakan dan radikalisme pemikiran telah menyemarakkan lagi api kebangkitan Islam. Revolusi Iran telah mencatat sejarah kemenangan Kerajaan Revolusi apabila Shah Iran digulingkan. Hizbullah dan golongan pemikir Islam seperti Dr Ali Syariati sebagai intelektual Islam turut menjadi penggerak yang hebat.

Di Afghanistan, Sheikhul Hadith Maulana Abdul Haq telah mengelurkan fatwa kewajipan berjihad. Tindakan ini disokong oleh Dr Abdullah Azzam, seorang warganegara Palestin yang telah berjinak-jinak dengan gerakan jihad sewaktu menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad Pakistan. Dr Abdullah Azzam telah menyatukan 7 tanzim iaitu pertubuhan Islam yang pelbagai bagi membentuk Kesatuan mujahidin Islam Afghanistan.Usamah bin Laden juga tidak ketinggaan namanya dalam perang jihad sebagai seorang dermawan pemberani yang disegani kerana telah menyumbang pelbagai kemudahan untuk gerak kerja tentera jihad di Afghanistan.

Di Algeria, kebangkitan Front Islamic Salvation iaitu Barisan Penyelamat Islam telah tertubuh atas kesedaran dengan pelaksanaan usrah-usrah, kesedaran di kalangan pelajar di kampus dan kesatuan tenaga masyarakat yang ingin bangkit menentang penjajahan perancis.Malik Bennabi merupakan salah seorang tokoh karyawan teks-teks usrah selain bahan haraki dari Hassan Al Banna dan tokoh-tokoh tersohor yang lain.
Turki juga telah mencatat kebangkitan parti Islam . Nama Mustafa Kamal Atarturk tidak asing lagi sebagai penjenayah dan perosak besar kepada negara bekas naungan khalifah itu.

Kejatuhan empayar turki uthmaniah hasil pakatan Mustafa kamal Ataturk bersama Yahudi meledakkan batas kesabaran bukan sahaja di kalangan umat islam di negara tersebut, malah di seluruh pelusuk dunia.. malah binatang turut mengeji tindakannya(Metafora).Sheikh Badiuzzaman Said An Nursi menentang regim Mustafa melalui perang fikiran atau ‘gazwatul fikr’ antaranya dengan menerbitkan risalah An-Nur yang menggabungkan ilmu aqidah dan fakta sains membuahkan hasil dalam mencelikkan kesedaran masyarakat Turki tentang betapa penindasan terhadap Islam telah membarah di bumi mereka.

Penubuhan Parti Mili Salamat telah bertukar nama kepada Parti Refah (Parti kebajikan) diterajui oleh Prof. Najmuddin Erbakan, dimana parti ini memenangi hati rakyat dengan sumbangan kebajikan bagi meredakan beban penindasan yang dideritai rakyatnya.Tajuk ini akan saya ulas dengan lebih mendalam setelah menghabiskan satu lagi buku bertajuk ‘Turki; Negara Talam Dua Wajah ‘ terjemahan daripada karangan Dr Abdullah Azzam (tokoh yang menyumbang kebangkitan Islam di Afghanistan, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.)

Sebagai kesimpulan awal, idea negara-negara yang dijajah golongan kuffar ini turut terpanggil dengan idea jihad Pan-Islamisme.

Seterusnya ialah tentang penubuhan parti-parti Islam di tanah-tanah juang tersebut. Ikhwanul Musimin telah diasaskan pada 1928 sewaktu Hassan al Banna berumur 22 tahun dan sedang mengajar sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Ismailiah dan di Kaherah.Mengagumkan bukan. Fikrah perjuangannya yang ditanam sejak usia muda dan beliau berjaya menjadi ikon mata rantai pejuang dan aktivis masa kini . Biodata dan jalan hidupnya telah saya muatkan dalam satu carta minda yang tidak dapat dimuatkan dalam laman ni kerana masalah format. Tajuk ini Insya’Allah akan saya ulas lagi berdasarkan buku karangan Ridhwan Mohammmad Nor bertajuk ‘ Memperingati 100 Tahun Hassan Al-Banna’. Dapatan baru saya ialah susur galur tokoh pimpinan Ikhwanul Muslimin sejak ditubuhkan sehingga kini.

Bermula Hassan Al Banna sebagai mursyidul am Ikhwanul Muslimin yang pertama,kemudian Syeikh Hassan Hudaibi yang kedua, diikuti Umar At-Tilmisani yang ketiga, Muhammad Hameed Abul Nasr, Syeikh Mustafa Masyur, dan yang terkhir Muhammad Mehdi Aqif sebagai mursyidul am Ikhwanul muslimin masa kini.

Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia mencatat sejarah kebangkitan Islam yang berkesan pada bekas tanah jajahan Belanda tersebut. Dalam buku “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, sejarah berasaskan kebenaran yang tidak dapat diselewengkan menceritakan Snuck Hurgrunje yang menyamar sebagai orang Islam danmengadakan pakatan bersama Belanda Indonesia untuk mematahkan kebangkitan ulama’ pada masa itu terserlah juga. Namun pandangan-pandangan Snuck Hurgrunje tetap diguna pakai sebagai sumber rujukan sejarah. Sebagai contoh, buku teks sekolah menengah di Malaysia sendiri memuatkan pandangannya terhadap kedatangan pengaruh Islam ke nusantara pada abad ke 15 hijrah walhal pengaruh Islam telah lama sampai ke nusantara sejak pemerintahan khalifah lagi dan secara rasminya berpengaruh di nusantara 2 dekad (seingat saya) lebih awal dari tarikh yang termaktub dalam sumber asas rujukan pelajar-pelajar SPM tersebut.Begitulah golongan kafir memutarbelitkan fakta, memalsukan kebenaran dan menyelewengkan amanah. Fakta ini boleh dirujuk dalam buku karangan Abdullah Ishak yang bertajuk ‘Islam di Nusantara’. Andai berpeluang, akan saya ulas tajuk ini dalam post yang berikutnya.

Pada masa kini, antara tokoh terkenal yang memperjuangkan Partai Keadilan Sejahtera ialah Dr Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr Nurhidayat Wahid. Pelbagai aktiviti seperti usrah, mukhayyam, tamrin dan aktiviti rasmi telah dijalankan seperti Forum Lingkar Pena yang mengumpulkan penulis-penulis berbakat bagi menggalakkan dakwah dalam bidang penulisan. Ideologi mereka turut mempengaruhi pergerakan-pergerakan pelajar di kampus-kampus. Antara pertubuhan lain yang turut berjuang mempertahankan Islam ialah sarekat Islam, Nahdatul Ulama dan Ansor, Muhammadiah, dan Masyumi (Majlis Syura Muslimin) yang turut pernah dianggotai oleh HAMKA.
Di Algeria,selain Front Islamic Salvation, Sheikh Abdul Qadir Al-Jazair cukup sinonim sebagai tokoh perjuangan di negeri itu.

Jamiat Islami di Pakistan telah diasaskan oleh Abul A’la Al Maududi diikuti Mian Tufail Mohamed sebagai pemimpin selepasnya. Qazi Hussein Ahmad merupakan peneraju perjuangan Jamiat Islami sejak tahun 1987hingga kini. Jamiat islami juga mempunyai pertubuhan cabang sayap muslimat yang dikenali sebagai Halqah e-Khawatim. Gerakan pemuda pula dinamakan PASBAN.

Di Palestin, HAMAS , singkatan daripada Haraqatul Muqawwamatil Islam mencetuskan Intifadhah iaitu kebangkitan menyeluruh umat Islam menentang penjajah mereka. Antara tokoh yang memimpin ialah Syeikh Ahmad Yassin, Dr Abd Aziz Rantisi dan Khaled Mashaal yang memimpin perjungan yang tidak berkesudahan ini..

Begitulah sedikit sebanyak ulasan tentang buku ini. InsyaAllah, selepas ini saya akan meneruskan ulasan saya pada tajuk Jalan Dakwah, antara Keaslian dan Penyelewengan diikuti Ulama’ dalam Sorotan Perjuagan Kemerdekaan mengikut perancangan saya yang amat dhaif ini, saya berserah diri kepadaNya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya diatas kefahaman yang diberikan untuk saya berkongsi bersama antum sebagai wadah pemula kebangkitan ilmu untuk kebangkitan Islam kini… Wallahu A’lam.

Dipetik Dari Kajian Seorang Blogger,
Hanisah Binti Wanasan
6 Disember 2007
11.19 pm.

.

 
Leave a comment

Posted by on October 3, 2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: